Monday, June 29, 2009

sama saja

salam~
hari ini, sama spt semalam, kelmarin dan hari sebelumnya..
hidup aku sama saja..tiada yang berbeza..

mana tidaknya, bgn saja dr tidur, ak solat subuh..
kemudian, tonton MHI sebentar..lihat buku apa yg di recommend oleh para pengacaranya
kalau ada tajuk yg menarik, aku terus menonton lagi,
kadang2 berselang seli dgn channel astro ria..

sambil menonton, rumah disapu agar tiada habuk di lantai..
lepas tu, basuh baju..tggu sampai siap, sidai semuanya..
kalau baju byk..sebentar lagi, akan aku basuh round ke-2..
mmglah mesin basuh automatik, tapi, dek krn dah lama,
yg automatik pun jadi manual..terpaksa berulang2 kali keluar mengisi air..

perut lapar, sarapan sebentar dan basuh pinggan2 smlm yg masih tersadai dalam sink..
bosan keseorangan, internet dilayari hgga 2-3 jam..
tapi, tak buat ape sgt pun..plan nak buat mcm2 sblm cuti,
tapi tak sampai separuh pun yg dah dilaksanakan..
biasalah..penyakit suka bertangguh dan nantilah tu, masih jadi kebiasaan..
niatnya, mahu dibuang segera sifat buruk itu..
kata, mahu jadi 'nadiah' yg baru..

sunyi, bosan, sama saja setiap hari..
mak ayah kuar bekerja..
adek2 pulak ke sekolah..
aku, bagai org tak berguna di rumah..
selesai meneroka alam maya, kembali ke realiti hidup sebenar..
masak nasik, atau lauk-pauk mudah yg dipesan emak..
even tak lapar lagi, since takde mende nak buat,
makan la lunch..

lepas ni, pasti tak begitu bosan lagi..
menjelang tengahari, adik pulang dan semua akan pulang..
fuh! lega...


p/s: bukan hendak merungut atau menyesal, cuma ingin mengubat kebosanan..
pada aku, ntuk wat keje2 cam suri rumah tu, tidak menjadi hal krn aku tahu
bhw, itu hanya sikit sedangkan mak yg penat bekerja masih mampu
membuat lebih drpd itu tanpa sbrg rungutan atau kekesalan.. moral of da day, be grateful!!

Sunday, June 28, 2009

1 nite only..




Actually, that nite, kami bdk2 pompuan nie plan la nak g The Curve since dah lama sgt nak g lepak2 kat sana malam2 tapi asyik tak berkesempatan.So, mlm tu pegi la sana unt enjoy n release tension..akhirnye, pegi jugak..ehehe :)
Sampai je kat sana, nmpak la 4-5 org mamat ni, yg cam kami kenal..rupenye, classmates ktorg..
Hanaa ajak diorang skali, saje nak kumpul ramai2..meriah sket..Sementara tggu yg laen sampai, bdk2 nih, pegi la bli aiskem jap kat McD.Ak ngan Mimi plak yg kononnye still dlm mood memboikot, choose tu lepak2 jap atas tgga2 kat situ smbil menikmati malam tu..wah..mlm tu mmg ckp indah coz kat situ byk lampu2 neon yg menerangi di samping dpt melihat gelagat manusia2 yg sedang bertebaran kat situ..ak ske keadaan itu..Since da ade kat situ, ktorg pun snap la beberapa gmbar..hah,tyme amik gambar jer, tibe2 sume dtg menderu nak masuk dlm pic..ktorang ni mmg spesis yg pantang dgn kamera..tyme amik gambar je, ha, siapla!

Tak lama lepas tu, diorang yang laen pun datang. So, kami pun mule la bgn unt mencari port yg sesuai ntuk lepak2 sambil borak2..iye la, takkan nak borak ats tgga kot.. :P Jalan punya jalan, Mimi pun cadangkan ktorang g je lepak kat satu kedai ni, namanye 'The Apartment'. Dye mmg dah lama tringin nak g situ sejak tgk dlm citer jln2 cari makan kot..Tanpa byk cekadak, ktorg juz agree.Kelihatan Mimi tersenyum puas krn cadangannye diterima, heheh..The Apartment tu mmg quite an interesting place. Ianya berkonsepkan tempat kediaman lgkap dgn sofa, ruang makan, shower dsb..suasananya plak ckp happening..

Dah namenye msk kdai mkn,kenalah order sth..Waiter tu pun bg la kami menu sorg satu..Nak dijadikan citer, bdk2 ni sumenye bdk2 yg blajar accounting, so ble tgk jer harga kat dlm menu tu, terkezut biawak la jugak diorng nih..cara nengok menu pun dah macam nak study gayanye..ish3 Punyelah lama nak order..sian plak kat abg waiter tu kena tggu lama2..nak beruban dah tggu ktorang order, heheh..Stlh berjaya menyiapkan penyata untung rugi+ balance sheet yg seimbang, masing2 pon order lah.."lega aku", abg waiter bermonolog ( ak agak mesti dye ckp camtu kan? ) Ha, lupe pulak, kami lepak di tgkat satu di mana kat situ ader sofa n meja kopi..ala kira sesuailah ntuk duduk2 n borak..lgpun ruang tu juz nice jer ngan bilangan ktorang n takde org laen yg akan mengganggu kami.

Sambil2 tu, kami pun borak2 la..then min bg cdgn supaya ktorag talk about our first impression towards everybody in our class on da first day we came to KDU...Maka, sume org pon start lah bercerita ttg their first impressions...and I think that was the best part on that nite coz ktorang dpt tau macam2 yg ktorang mgkin tak tau @ tak nak amik tau sblm ni ttg our classmates walaupun dah almost 2 years kami study in da same class..It sounds worst tapi, i'm glad that ktorang still make an effort to gather ramai2 n make ourselves feel that we are CLASSMATES and we need to know each others coz En Azizam pun pernah ckp yg ktorang ni as a group dan inilah kwn2 kita ble kite fly n berada kat UK nanti..

Borak punyer borak, datang Uzair ngan Daniel n ktorang sambung balik borak...seronok betul sampai tak sedar dah midnite..Org pun dah mle beransur pulang n kedai pun dah nak tutup..Tapi, citer tak abes lagi nih..so, kami pon mntak la dlm 10 mins lg nak abehkan citer..kononnye lah..Lps 10 minit pun tak abes2 gak, ape lagi, kena halau la...hahaha :D Tapi, takde la kena halau ngan teruk...okay lah..nak wat camne, kena baliklah ni..B4 balik, we snap a few memory pics kat dpn The Apartment.

Tyme nak balik, igt nak amik teksi, tapi, bapak mahal dye charge..skali lagi naluri seorg accountant menguasai diri n kami merasakan bhw amatlah tidak berbaloi unt balik PU ngan harga semahal tu. So, we decide to juz take a walk. Agak jauh, tapi bila dah jalan ramai2 camtu takkan terasa penatnye..seronok sgt..rasa cam jalan tu bapak kita yg punye..hehe..Sedar tak sedar, akhirnye sampaila kami kat kondo tercinta..

Hah, really enjoy that nite..never ever forget this great moments wif my great friends..Thanks guys 4 giving me this experience!! Miss u all soooooo much!!!




Sunday, June 21, 2009

this is juz da beginning...

salam~

alhamdulillah, at last aku berjaya jugak memiliki sebuah blog unt ak coretkan di dalamnya segala macam cerita dan kisah hidup aku dan org2 di sekelilingku..hehe..

actually, memang aku dah lama berhasrat nak buat blog ak sendiri memandangkan zaman sekarang ni alam siber sedang rancak dgn fenomena blogging ini selain teruja melihat teman2 masing2 punya blog sendiri unt berkongsi kisah hidup dan cerita mereka.Tetapi, seperti biasa, aku akan memberi 1001 alasan cam tak cukup masa lah, takde laptop lah, takde internet connection lah dsb unt aku wat mende alah ni. Padahal, bukan lama pon nak wat blog ni..asal ade kemahuan, pasti ade jalan dan usaha unt membuatnye, betul tak? macam pepatah yg semakin popular digunakan oleh motivator kita sekarang ni, " hendak 1000 daya, mahu 1000 cara".

Well, apepun blog ni dah diwujudkan dan aku bolehlah mula menulis ape shj yg ak nak. Ya, itulah salah satu kelebihan blog , di mana kita boleh menulis ape sajayg kita fikirkan tak kiralah ianya berbentuk pendapat ke, pengalaman ke, cerita ke, kritikan etc.Tambahan pulak, kita ni mgkin bkn siapa2 unt org mendengar kata2 kita dan nah! inilah medan unt kita meluahkan apa saja yg terpendam iaitu melalui penulisan. Penulisan pun mampu memberi impak yg besar seandainya cara penyampaian seseorang itu tepat dan berhikmah. yalah, lihat saja para pemimpin serta pendakwah zaman sekarang, masing2 juga punya blog yg dijadikan sbg salah satu method penyampaian mereka kepada org ramai. Malah, dalam Islam itu sendiri, menulis merupakan salah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan. Blog juga bolehlah kita klasifikasikan sbg diari cuma ianya lebih bersifat terbuka dan tidak memerlukan pen dan kertas obviously. Ini antara sebab kenapa aku membuat blog ini.

Selain itu, daripada observation yang aku buat..ak dapat simpulkan bhwsanya para penulis blog ni, akan melalui satu proses transformasi ( eeh, cam tagline AF& la pulak,hehe..) terutamanya dari segi kematangan fikiran serta gaya penulisan mereka. Daripada org yang mgkin tidak begitu pandai menulis, maksud aku, gaya penulisan yg agak kebudak-budakan, mereka ini semakin lama akan menjadi semakin bijak menyampaikan cerita mereka atau dalam kata lain gaya penulisan mereka menjadi semakin baik dan menarik unt dibaca hinggakan blog2 ini mempunyai followers nya yang tersendiri. jangan ingat sportsmen and artis je ader fan club, penulis blog pon ader tau! Orang berasa teruja unt terus mengikuti perkembangan blog2 mereka dan sentiasa ternanti2 unt membaca post2 terbaru mereka ( ke, aku je yg camtu? ). Pengolahan ayat serta gaya bahasa yang baik dlm setiap post menunjukkan bhw pemikiran para bloggers ini telah menjadi semakin matang. Dah macam karangan plak rasanyer..n ingin aku katakan di sini bahawasanya inilah yg aku cuba unt lahirkan dlm diri aku sendiri iaitu ingin menjadi lebih matang dari aspek pemikiran serta penulisan aku.

Tak dinafikan jugak, ak buat blog ni adalah kerana ak ingin mencatat segala detik2, peristiwa2 serta kenangan dan memoriyg pernah ak lalui agar ianya tidak padam atau hilang begitu shj dr kotak fikiran aku sebab manusia itu sifatnya mudah lupa. Aku ni sentimental orangnya tau! Pada aku, amatlah rugi unt saat2 indah terutamanya unt dilupakan begitu sahaja kerana kadang2 drpd saat2 seperti inilah ada sesuatu yang berharga yang boleh kita kongsikan bersama dan ini juga pastinya merupakan sebuah pengalaman hidup yang tak dapat ditukar ganti serta dipelajari dari mana2 sekolah sekalipun. Justeru, dari pengalamanlah kita akan terus hidup kerana pengalaman itu banyak mengajar kita akan erti sebuah kehidupan di samping menjadi seorang insan dalam erti kata yang sebenarnya. Ak juga sekiranya mampu, ingin berkongsi serba sedikit kisah atau pengalaman yg aku ada ( ader ke? ) sebagaimana orang lain berkongsi kisah mereka. Ya, life si about sharing dan kita hidup ni sebenarnya saling berkongsi antara satu sama lain.Anyway, sharing is caring, rite?

Since aku dah mencarut dan mengarut terlalu byk even baru 1st post, baiklah kiranya ak berhenti dulu di sini..and ape yg aku harapkan hanyalah ak akan dapat mencapai suma tujuan yg ak dah nyatakan tadi dan aku akan belajar sesuatu dan bukanlah hanya sekadar cakap2 kosong sahaja. Wallahua'lam.