Friday, February 26, 2010

Salam rindu buat kekasih Allah...

Salam ~

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد 
ْصَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم
يَا نَبِى سَلاَمُ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْلُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
يَا حَبِبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَارَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهُ السُّرُوْرِ
اَنْتَ شَمْسُ اَنْتَ بَدْرُ
اَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرِ
اَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِى
اَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَا فِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدْ يَا مُمَجَّد
يَا اِمَامَ القِبْلَتَيْنِ




Ingatkah lagi, terutama ketika kita masih kecil dan bersekolah rendah, setiap kali tibanya Maulidur Rasul, pasti kita akan berarak sambil membawa sepanduk bertulisan jawi, yang kalimah-kalimahnya mengandungi tema serta kata-kata pujian buat Rasul tercinta, Muhammad SAW.

Tak kurang juga, pihak sekolah 
mengadakan sesi ceramah bagi menyingkap kembali kisah perjuangan baginda. Namun, adakah kita sekadar mengingati baginda apabila tibanya 12 Rabiul awwal saban tahun? Bagaimana dengan hari-hari lainnya? Adakah  sering 
       kita berselawat dan memuji baginda?                                            

Betapa kita sering lalai dari mengingati baginda. Sedang kita ini, sebagai umat  yang tidak pernah ditemui nya tetap diingati walau hingga akhir hayat baginda. Betapa sayang dan cintanya baginda pada umat. 

Oleh yang demikian, sempena hari kelahiran baginda tahun ini, ayuh pasakkan dalam diri semangat perjuangan baginda. Sirah baginda bukan hanya untuk dibaca dan didengar, tapi untuk dijadikan panduan dan pedoman, diambil ibrah daripadanya. Tak lupa juga, seringkali selawat atas junjungan mulia kita juga mengamalkan sunnah-sunnah baginda. Baginda pernah bersabda dan berpesan, bahawa sesungguhnya tidak akan sesat buat selama-lamanya andai kita berpegang kepada dua warisan berharga tinggalan baginda yakni Al-Quran dan As-sunnah.Wallahua'lam.




Salam Maulidur Rasul 1431H. Ya rasulullah,sesungguhnya kami merindui dan mencintaimu











Tuesday, February 23, 2010

NiSE and SaNToN '10 ~

Salam ~

Alhamdulillah, NiSE '10 telah pun melabuhkan tirainya. Sejarah telah pun tercatat dan aku gembira kerana menjadi sebahagian daripadanya. ( Ceh, gaya cam penganjur pulak..padahal datang menonton jer..hehe ).

Dari kampung yang comel dan disayangi, Canterbury ( ikhlaskah?? ) , aku dan Dibah bertolak sehari lebih awal sebelum NiSE sepatutnye bermula. Gembira sungguh rasa hati kerana hari yang ditunggu-tunggu menjelang tiba. Almaklumlah, event kali ni hanya ada kaum Hawa saja..ada keunikan, ada kelebihan. Tambahan pulak, event nya melibatkan aktiviti yang baik, iaitu nasyeed. Lama sudah tak dengar nasyeed secara live, bila ada peluang ni, apa lagi? Hehehe...Nasib lambat je, kalau tak mungkin dah jadi peserta nasyeed jugak =P ( ini perahsantan ).

Dipantaskan cerita, NiSE kali ni dikatakan kurang berjalan lancar. Hal ini diakui oleh tuan rumah sendiri. Kebanyakannya masalah teknikaliti. Suara merdu para penasyid kurang jelas pada pendengaran penonton. Keadaan pun agak menjadi kelam kabut. Walaubagaimanapun, penganjur telah berusaha sehabis baik untuk memastikan event dapat diteruskan. Ini harus diberi pujian. Yalah, dugaan datang tanpa disangka..bukan dimintak pon. Persembahan para peserta dari universiti yang bertanding boleh diberikan pujian. Bukan setakat menyanyi, persembahan turut dibantu oleh tayangan slaid dan yang penting, mereka-mereka ni jugak cukup kreatif dan berbakat. Ada yang pandai bermain alat muzik, tak kurang jugak yang rap, menyanyi lagu berbahasa Mandarin dsb. Dan yang paling penting, setiap persembahan membawa mesej yang jelas dan berguna untuk pedoman para penonton. Kebanyakan lagu membawa tema wanita-wanita contoh seperti Saidatina Maryam, Zainab, Aisyah, Zinnirah dan sebagainya. Lagu yang dibawa pula ada dua iaitu satu lagu berbahasa Melayu dan satu lagu English. Ha, tema pakaian ialah hijau. Makanya, dewan hari tu dipenuhi para wanita yang anggun berbusana hijau..

IDEAL MUSLIMAH

Sebelah petangnya, setelah semua persembahan selesai, hari Sabtu tu dimeriahkan pulak dengan acara SaNToN atau nama kurang mesranya ( coz panjang ) Saturday Night Together with NiSE. Acara ni lebih kepada talk ataupun perkongsian oleh pengarah serta setiausaha sebuah badan NGO Wanita yang aktif di Malaysia iaitu Nisa. Talk tersebut bekisar mengenai tajuk Wanita Memimpin Perubahan. Alhamdulillah, perkongsian yang diberikan cukup mantap dan menyuntik semangat kaum hawa yang hadir. Apa yang mungkin dapat dirumuskan daripada talk tersebut ialah sebagai wanita masa kini, kita harus memiliki MP4. MP4 ini merupakan rangkuman kepada ciri-ciri berikut iaitu M-Multimedia, P-Peka Isu, P-Penulisan, P-Public speaking dan P-Public Relations. Dan barangkali, tidak semua ciri-ciri ni mampu dimiliki oleh setiap seorang individu wanita itu sendiri kerana tak dapat dinafikan bahawa setiap kita adalah berbeza dan memiliki kelebihan serta kekurangan masing-masing. Jadi, kita yakni para wanita harus berganding bahu dan bekerja bersama-sama atau dengan kata lain bergerak secara berjemaah agar kelebihan-kelebihan tersebut dapat digabungkan bagi menjana sebuah perubahan yang besar dan bermakna. Selain itu, para wanita harus menetapkan matlamat untuk membawa diri mereka ke maqam yang lebih tinggi dan bukan sekadar berpuas hati dengan maqam yang sedang diduduki. Iaitulah JKR. Bermula dengan rumahtangga, wanita harus meningkatkan maqam mereka dengan turut memiliki kerjaya serta melibatkan diri dalam hidup berjemaah ( bermasyarakat ).

Usai talk tersebut tamat, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kami turut dijamu dengan hidangan yang lazat sebagai juadah makan malam iaitu nasi tomato dan ayam masak merah. Mungkin ada kekurangannya NiSE kali ni, namun dalam setiap apa jua yang kita lakukan, ambillah apa-apa yang baik daripadanya. Dan syukur, NiSE bukanlah sekadar tempat menunjukkan bakat terpendam dan bersaing suara siapa lebih hebat namun apa yang diharapkan adalah lebih daripada itu. Aku yakin bahawa dengan adanya program-program macam ni, lebih banyak peluang untuk mempereratkan lagi ukhuwwah                                      
sesama kami. Moga usaha murni penganjur diberkati Allah dan moga NiSE di masa akan datang akan lebih mantap lagi. Hehe, tunggu...next year kami pasti menghantar pasukan dari sini untuk menggegar NiSE!

Friday, February 19, 2010

To Shoot an Elephant

Salam~

This documentary was suggested by a friend of mine. Please spend some time to watch this.
It will show you the real situation in Gaza. Show our care to the Muslims brothers and sisters there. Do make  du'a as well. May Allah make them strong and insyaAllah, they will achieve the real success one day.
Takbir!!!

Thursday, February 18, 2010

Pulanglah!

Salam~



Kenapa perlu mengeluh dan rasa resah kalau diri sendiri tak cuba untuk mencari penawarnya? Sedang Allah telah beri panduan secara nyata dan terang. Cuma kita yang tidak mencari dan memanfaaatkan. Jauh sekali mengamalkan. Semuanya indah dan terbentang luas. Lihat, baca, fikir dan hayati. Kesemuanya adalah bukti dari Dia Yang Maha Esa untuk kita renungkan. Sungguh, bukanlah bernama manusia jika tiada perasaan sedih, lemah dan lelah dengan ujian serta dugaan. Namun, sebagai hamba kita harus redha dan sabar. Koreksi diri selalu. Cermin kembali setiap perbuatan yang kita dah lakukan. Yakin bahawa semua ujian yang diberikan punya hikmah yang tak ternilaikan. Ingat bahawa semuanya diberi oleh Allah atas sebab kemampuan kita dalam menghadapinya. Usah biar diri lemah dan rebah. Hargai juga pertolongan serta semangat yang diberi oleh para akhawat. Jalan hidup penuh liku, namun masih ada yang sanggup meredah bersama-sama. Menemani atas dasar cinta padaNya. Sesungguhnya kita cukup bertuah. Punya ramai yang meghargai dan menyayangi. Dan kasih sayang yang bersandarkan cinta padaNya takkan pernah calar, apatah lagi padam. Ya Allah, kau berikan rahmat serta berkatilah mereka yang mengasihiku kerana Mu. Moga cinta dan kasih sayang atau ukhuwwah fillah yang dibina akan kekal subur, mekar mengharum. Aku pohon kekuatan dariMu. Bawa aku pulang..jangan biar aku memilih persimpangan yang salah. Aku mahu berada atas jalanmu, yang ku tahu jalannya lurus menuju redhaMu...Ameen...

Wednesday, February 17, 2010

Tak paham -----> Geram!

Salam~


Geram !!!
Huu, rasa nak jerit jer kuat-kuat...
Nape tak paham-paham ni?
Rasa cam buang masa banyak kat situ jer..
Senang je kot, tu pon tak paham ke?
Sedih la camni....
Sabar, Nadiah kena sabar..
Ya Allah, tolong hamba..

Monday, February 15, 2010

Apa dah jadi, apa nak jadi?

Salam~

Sedar atau tidak, perubahan cuaca kali ini sangat mendadak dan semakin tak menentu. Ini ke yang dikatakan 'Global Warming' ye? Kat kawasan beriklim sejuk, suhu menurun dgn dasyat dan kesejukannya memang menjadi-jadi. Tak kurang jugak kat kawasan beriklim panas ataupun khatulistiwa cam Malaysia. Dengar kata, sedang kemarau teruk, cuacanya panas sekali, sampai ada yang rasa macam nak tinggal dalam peti ais. Masa menonton Buletin Utama tadi, dikhabarkan beberapa buah negeri mengalami suhu panas yang agak membimbangkan, hingga mencapai 36 darjah. Antaranya, kampung aku, Kedah. Semua orang tengah bimbang kalau-kalau kejadian 12 tahun lalu akan berulang balik, di mana bekalan air terpaksa dicatu coz air di simpanan menjadi kering. Makcik pun kata ramai yang batuk-batuk dan demam. Ish..risau pulak mendengarnya.. Harap-harap, keadaan akan kembali pulih seperti biasa. Mungkin Allah ingin menguji dan memberi pengajaran kepada manusia yang jahat tangan-tangan mereka memusnahkan alam..



Satu lagi senario yang makin menjadi-jadi kat Malaysia sekarang. Kes buang bayi. Kali ni, bukan buang bayi yang biasa-bisa kita dengar, tapi lebih teruk dan kejam lagi. Sampaikan si polan-si polan ni boleh dikatakan lebih teruk daripada binatang! Mana tidaknya, bayangkan bayi yang berusia sehari telah dibakar dan dijumpai rentung di tempat pembuangan dan pembakaran sampah. Mana perginya moral dan hati perut manusia yang melakukan perbuatan ini? Sangat-sangat kejam! Takut mendengarkan betapa keruntuhan akhlak yang sangat berleluasa especially kat negara tanah tumpah darah sendiri. Mengaku mempunyai nilai-nilai ketimuran, sopan santun dan berakhlak mulia, namun kini sudah setaraf dengan mereka-mereka yang tidak berpegangan agama dan terlalu mengikut budaya Barat, malahan lebih teruk lagi. 



Baru-baru ni, masa 14 Februari, Valentine's Day lah kononnya. Sudah berkali-kali diingatkan para alim ulama, hingga dalam berita pun dah diwarwarkan bahawa Hari Kekasih tidak pernah wujud dalam kamus agama Islam dan tidak boleh disambut pun. Namun, still ada jugak mamat-mamat n minah-minah yang tak reti bahasa. Yang amat dikesali, bukan mereka sambut dengan dinner atau bertukar hadiah ke ape, tapi, pegi ke hotel-hotel murahan dan berbuat maksiat. Lebih memalukan, masa pihak berkuasa especially pihak jabatan agama buat serbuan atas bilik-bilik hotel tu, pintu terpaksa dikopak dan dipecahkan gara-gara mereka tak mahu menyerah diri. Mulalah ada yang dijumpai nyorok bawah katil, dalam bilik air dan sebagainya. Ada jugak minah-minah bertudung, turut sama buat aktiviti maksiat terkutuk tu! Sungguh dan amat memalukan! 

Sedih mengenangkan nasib anak bangsa sendiri yang berkelakuan sedemikian. Aku bersyukur kerana Allah masih membuka pintu hati dan memelihara aku daripada melakukan sebarang kemungkaran, Alhamdulillah..Moga-moga, mereka juga beroleh cahaya kebenaran dan hidayah daripada-Nya. Ya Allah, selamatkan anak bangsaku dan peliharalah tanah airku, ameen ~

Sunday, February 14, 2010

Masih jelas~

Salam~


Nampaknye, masih jelas bahawa aku still dalam mood kemalasan..don't feel like studying.
Hambol2! Apekah? Tu lar pasal, asik ber enjoy jer, kan da malas!
Eyp2, besa nih..bagi rotan sat nie..                                                                                                                                                      

Owh ya! Aku tertidur siang hari nih. First tyme tido siang sejak sampai kat UK nih.
Sebelum ni, tak pernah..sumpah! Tido sekali je which is at nyte.
(* Haha, leh caye ke? Dalam kelas macam tak tido...Erk, dalam klas tu, bukan tido la, cume terlelap or 
ngantuk. Tido = atas katil n zZZzzzZz~)
Tido lama plak tu..rasa berat nak bukak mata. Gejala malas gak nih..
Ish, bahaya..camna ni???

P/s: Nadiah, sila recharge tahap kerajinan anda. Takleh malas-malas jer..
Tak baik tau!

Saturday, February 13, 2010

Ada apa dengan weekend?

Salam ~

Bagai sudah lama tak beraktiviti sosial di hujung minggu. Minggu ni, boleh dikatakan weekend aku agak terisi. Tapi, bukan diisi dengan study, cuma suka suki. Alhamdulillah, ada juga sesuatu yang bermanfaat yang dilakukan selain daripada suka-suka saja. Kami punya usrah petang tadi, dengan pengisian mantap daripada ukhti Farahin dan 'Aqilah dari Warwick. Syukran jazeelan wahai akhowat berdua. Kami warga UKC sungguh bertuah dapat menambah ilmu mengenai tajuk yang disampaikan tadi iaitu 'Ikhlas'.

Selepas usrah, kami menyambut Hari Lahir ke-20 seorang rakan. Raja Arina Safra. Sebenarnya hari lahir Raja jatuh pada esok hari. Memandangkan esok juga merupakan Tahun Baru Cina, maka sambutannya diawalkan sedikit. Kali ni, surprise tidak lagi dibuat di dalam kampus, sebaliknya kami memilih mengadakannya dengan makan-makan di luar. Restoran yang dipilih adalah sebuah restoran ala-ala Mexican, Tacos Locos kalau tak silap. The foods there were nice and glad that evrybody enjoyed especially the birthday gurl. Hey Raja, Happy Birthday! U're already 20 now =P

Kenyang sudah, kami bergerak pulak ke pusat bowling. Kami nak main bowling lah, semestinya. Lama sungguh aku tak main bowling. Agak teruja gak larr. Ntah camne la nak gaya main  kali ni. Sudahlah memang tak berbakat. Tapi, takpe..saja nak have fun. Permainan bermula agak baik buat aku, but it turned to be bad luck for me bila start balingan ke-6 hingga last, bola aku asik menyimpang masuk ke longkang. Kalo camtu punye gaya, sah-sah la tak dapat strike langsung, hehe =P Oh, ya! Kawan Neesah from Cambridge datang melawat and agak teruja sebentar melihat gaya profesionalnya bermain bowling. Cool! Aunty pun tak kurang hebatnya, bermain dengan style-style tangkap maut. Sampai terduduk-duduk setiap kali membuat balingan..hehe ^^

Itu cerita hari ni. Semalam, aku, Diba, Syerin, Neesah, Firra and aunty buat Malam Kasih Sayang, which is so called Ladies Nite. We stayed overnyte at Aunty's studio sambil tengok movie and dinner. Best sangat! Seronok dapat tido himpit-himpit, bergurau senda dan bergelak ketawa. Kami tengok citer 'Pisau Cukur' and for dinner, aunty buat nasi beriani ayam. Malam tadi jugak, aku tido lewat buat kesekian kalinya. Dah lama tak tido lewat camtu. Malam ni, kena adjust balik waktu tido so that tak la lari jadual mse weekdays nanti. Having said that, I wanna chow! Go to sleep evrybody! Nyte ~

Friday, February 12, 2010

Ahhh....rinduuuuu ( Part 1 ) ~

Salam~

Hari ni, tetiba rasa malas nak study..Huhu. Problemo btul! Kejap semangat, kejap down. Mase2 camni lah yg buatkan aku asik nak terkenangkan memori-memori silam. Kenangan-kenangan yg sentiasa membuat bibir mengukir senyum dan hati berbunga riang. Stat with this post, aku nak mengimbau dan 'pulang' menjenguk sebentar kenangan-kenangan itu. Sudah pasti bersama rakan-rakan tersayang. Aku rindu kalian!!! Sangat-sangat...

Part 1 aku nak mulakan dengan menjejak ke zaman KDU dulu. Memandangkan ianya masih terasa hampir dan dekat. Yang lain-lain cam zaman sekolah, akan kutempah tiket untuk ke sana nanti. Sabar ya! Nak kumpul gambar-gambar dulu, dan mencari peta..Hehe ^^

Haa..B4 that, layan dulu video nih~




Hehe, sweet ryte? Now, lets gone!



Nak letak caption kat bawah gambar, tapi bile enter gambar ilang la plak. Takpe2. Ini antara cebisan memori kita. I love the part where we gathered together ( mse lunch di cafe, di surau comel kdu, di open house etc ), lepak-lepak at mamak sambil ber'gosip' (Dgn ayam goreng yg byk kerak, roti canai n roti telur, kuah dhal n kari n sambal free, teh tarik dan milo ais, tak kurang jugak skyjuice =P ), bercerita sambil baring-baring di bilik ( sampaikan katil tonggang terbalik cam tongkang pecah, lebih hebat..ader jer katil yg dah patah-patah kayunya, hingga terpaksa ditahan dgn tin biskut ^^), menonton drama melayu di petang hari sambil mengomen jalan cerita ( ade jer citer yg akan di cop bongok dan tak logik, tak msk lagi komen psl pelakonnya..ader yg minat f*sha dan ada yg mnyampah..hehe) , masak-memasak ( yg ni, menu biasa pasti saja sambal, tomyam dan sup..oh ya, telur dadar jugak..bile rajen sket, ader cucur masin dan manis =) ), jalan-berjalan, pegi pasar pagi seperti suri rumah ( Setiap kali pegi, mesti byk ikan dan sayur-sayuran, juga ayam dan nasik lemak! ), pergi pasar malam (iza dgn bontot ayamnye, mimi pulak magelek, kopok lekor jadi menu wajib semua..), haa..pegi ape tu? speedmart 99 eyh yg murah tu ( kat sini pon bli brg rumah. especially beras dan rempah2..jajan dan maruku sbg snek ketika menonton..owh ya, kami gilakan nescafe mocha jugak! ), serta berusrah bsama akak tersayang- kak azila ( part plg best mase kne bg pandangan di hjg waktu usrah..tyme nih, mule la berebut giliran nak bercakap..kononnye, takut kehabisan idea dan kata-kata kerna sdh dicuri org..hehe =P ) dan,ahh... byk sekali kenangan indah yg mgkin tak tersebutkan.


Terima kasih, sahabat..kerna kenangan yg diberi bisa buat aku tersenyum kembali. Baru kini aku mengerti betapa kalian sangat berharga buat diri ini. Mungkin dulu kurang menyedari, tapi kini segalanya akan kusemat kukuh dalam hati sanubari...

Wednesday, February 10, 2010

Gumbira ^^

Salam~

Alhamdulillah..Life is kinda happening today. Yeap, go out for some activities and receive something from my beloved. I would say that really cheers me up ^^

Pepagi lagi aku dah kuar mengharungi kesejukan serta snow yang menampar-nampar muka untuk ke Sports Center. Berkobar-kobar sekali ye, dengan raket serta shuttle yang dibawa bersama. Ape lagi, mau beriadah, sihatkan badan dengan bermain badminton. Sungguh, aku rindu untuk berpeluh. Bersemangat untuk bersukan, yeah! Macam biasa, kami main lawan doubles. Aku geng ngan aunty n Diba plak geng ngan Wahidah. Sape menang? Hehe, dah tentu pasukan yg geng ngan aunty yang terer dan hebat mengalahkan kami yg kunun mude ini. Tapi, tak tau nape hari ni kitorang banyak buat kesilapan mudah masa main dan sering menghadiahkan mata percuma buat pihak lawan. Aku sendiri pun agak capik hari ni, tak seperti slalu yg bersemanagt main hingga minit2 terakhir..ngeh2 =P Pasti penangan lme cuti dr main..So lps ni kena main evry week.

Usai abes main n masih tak bape hilang lagi lelah sbb penat bermain, aku kena gi house viewing plak. Actually aku dah tengok hari tu bertemankan bakal jiranku nanti, Dibah. Hari ni, aku sekadar mengikut sekali lagi bagi meraikan bakal-bakal housemates yang tak berkesempatan tengok umah hari tu. Mujur sume puas ati. Tinggal nak pilih bilik je lagi. Balik dari meng ushar rumah, aku pegi menjenguk Porter Lodge di Chaucer. Mahu lihat kalau-kalau kiriman dari jauh sudah sampai. Yeay!!! Hati berbunga riang melihat satu kotak kecil di sudut tertera nama aku. Tak sabar-sabar nak lihat isinya =) 

Bukak je kotak tu, terletak kemas satu sampul. Dalamnya ada kad comel bergambar teddy bear. A Birthday card!!! Owh, so sweet..Eventho da lepas, but still that shows they remember me. Sebak pulak bile baca ucapan sume family members dalam kad tu. I miss them! Damn much!!! Thanx ayah, mak, angah, achik and adik...love u~ Oh ya! Btw, tadi dapat hadiah belated burfday jugak. From Diba. A cutey mug yang ader gambar teddy jugak dan terukir ucapan Happy Birthday. Suke ok! Thanx Diba.. =) Hehe, bukan sekadar itu. Dalam parcel tu, Mak siap bubuh kalendar kecik lagi. kalendar dari Malaysia. Supaya aku tau events and perayaan di tanah air. Tak perlu la nanti asik tanya raya bila jer..Heheh =P
Mak jugak kirimkan serunding, ikan bilis, perencah kari dan minuman 3 in 1 Milo and Nescafe. Best2!! mak memang memahami hati aku..ngeh2. Bahagia dapat minum milo. Lame kot tak minum. Saje ngade mintak pasal kat sini ader ayer coklat je pengganti milo. Other than that, mak bubuh baju kelawar 2 helai unt buat baju tido. Lepas ni, leh arr jadi batwoman..Dan jugak my stabilo pens!!! Suke2..Baru lar semangat nak buat notes and exercises camni..

Petang tadi pulak, aku n Diba pergi membuang tebiat dengan meredah ribut snow. Kami jalan dari bawah Uni Road terus ke kawasan campus. Sajer nak rasa salji yang turun mencurah-curah mengenai pipi dan muka. Cam best..tapi tu arr, sejuk kot..Pandangan menjadi putih jer and agak kekaburan. Angin toksah cakap la, kalau dah name ribut, mau tak kencang dye. Tapi still ok la, takde la sampai takleh gerak and diterbangkan pulak. Setelah bersejuk-sejuk kat luar which is kat area Tyler Hill, kami menyinggah kat umah si Syerin. Lepak-lepak jap sambil minum teh panas. Heaven~

Eyh alamak! Sedap bersuke suki plak. Sok dah la ader seminar classes. Omwerk plak not yet done. Ehehe...Ok, chow dahulu ye!!

Tuesday, February 9, 2010

Syoknyeeee~

Salam~

Saya suka! Dah lama tak jumpe mende yang saya suka which is buku.( Biar benar? buku melambak, ak je yg malas bace kot =P ). Haha, bukan buku-buku itu yang aku maksudkan, bukan! Buku-buku akademik, memanglah malas nak baca. Ish3, sile insap sekarang! Ader ke cakap gitu..Dtg UK unt belajar, jadi sile jangan malas-malas.

Ha, cakap pasal malas, aku memang dah ter 'malas' kan diri semalam. Aku tak pegi kelas the whole day!!!
Ape nak jadi nih? Aku pon tak tau nape..Semalam snow tau! Sejuk. Mungkin sebab tu malas kot..Takut nak kuar. Ade ke patut. Orang lain ok jer pegi klas. Adoiii..Hari ni insap balik, pegi kelas penuh!
Ingat..duit rakyat tu weyh!

Ok, aku dah melalut. Balik ke topik asal. Ye, aku suke. Kata orang, syok! Sebab, aku jumpa buku citer bahasa melayu. Not really buku citer cam novel tu..Yang ni, lebih bersifat ilmiah dan berinfomasi. Buku-buku yang banyak jumpa kat Malaysia and yang aku suke bace. Aku pinjam dari sorang senior. Banyak giler buku dia ada. Aku bertekad nak habiskan dulu yang berikut and pinjam lagi nanti. Rindu pulak buku-buku aku kat Malaysia nun...hurm...


P/s: Ini dia buku-buku yang aku pinjam tu. Misi: Habiskan cepat!!! Nanti boleh pinjam lagi =)

Thursday, February 4, 2010

Dilemma~

Salam~


Pernah tak korang berada dalam keadaan dilemma? Bukan maksud aku dalam keadaan tengah makan buah delima tau! Maksud aku, rasa serba salah..Sekarang aku sedang mengalaminya. Sungguh tidak syok sekali punya perasaan tu. Jadi tak keruan rasanya, tak tenang hati..
Susah la..susah btul nak explain. Tak suka dan bimbang membuat orang kecik ati. Camne ye?
Kita memang takkan dapat puaskan hati semua orang kan? Ala...adoi...Aku seboleh-bolehnya nak jaga hati semua. Aku tak nak ada yang salah faham dan fikir bukan-bukan. Atau,
akukah yang suka thinking too much? Gelabah tak tentu pasal?
Konflik diri neyh...Sampai-sampai dah bermonolog plak kat sini.
Rilex Nadiah, rilex...Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan..
Apa pun, kenyataan atau realiti tu kadangkala memang pahit untuk ditelan. ( Serius dah ni..)
Hadapi dengan tenang, jangan mudah melatah, dan yang penting,
ingat Dia! Dia sentiasa ada...

Wednesday, February 3, 2010

Virus 'E' ~

Mood emosi tak stabil tiba-tiba menerjah. Akhir-akhir ni, sudah kerap kali ia datang mengganggu.
Letih, letih jiwa ini untuk menerima kehadirannya. Terpaksa melayan kerenah nakalnya.
Hati asyik menangis, air mata sudah kering. Konflik apakah ini?
Benci, marah, resah, gelisah, luka, pedih, parah..Ahh..semua yg perasaan tak enak itu bercampur gaul, bersepakat menyerang jiwa lemah. Sudahlah...kasihankan aku.
Aku juga mahu gembira, mahu kecapi nikmat tenang biar seketika cuma.
Tolong pergi dari sini. Tolong, aku pohon.
Beri ruang buat aku bernafas, walau hanya satu helaan...


P/s: Dalam ke emo an melampau, sudah tiada sedar apa yg dikatakan..
Astaghfirullah...bawa aku pulang ya Allah..
aku mahu merantau di sebuah daerah bernama 'ketenangan'