salam~
alhamdulillah, at last aku berjaya jugak memiliki sebuah blog unt ak coretkan di dalamnya segala macam cerita dan kisah hidup aku dan org2 di sekelilingku..hehe..
actually, memang aku dah lama berhasrat nak buat blog ak sendiri memandangkan zaman sekarang ni alam siber sedang rancak dgn fenomena blogging ini selain teruja melihat teman2 masing2 punya blog sendiri unt berkongsi kisah hidup dan cerita mereka.Tetapi, seperti biasa, aku akan memberi 1001 alasan cam tak cukup masa lah, takde laptop lah, takde internet connection lah dsb unt aku wat mende alah ni. Padahal, bukan lama pon nak wat blog ni..asal ade kemahuan, pasti ade jalan dan usaha unt membuatnye, betul tak? macam pepatah yg semakin popular digunakan oleh motivator kita sekarang ni, " hendak 1000 daya, mahu 1000 cara".
Well, apepun blog ni dah diwujudkan dan aku bolehlah mula menulis ape shj yg ak nak. Ya, itulah salah satu kelebihan blog , di mana kita boleh menulis ape sajayg kita fikirkan tak kiralah ianya berbentuk pendapat ke, pengalaman ke, cerita ke, kritikan etc.Tambahan pulak, kita ni mgkin bkn siapa2 unt org mendengar kata2 kita dan nah! inilah medan unt kita meluahkan apa saja yg terpendam iaitu melalui penulisan. Penulisan pun mampu memberi impak yg besar seandainya cara penyampaian seseorang itu tepat dan berhikmah. yalah, lihat saja para pemimpin serta pendakwah zaman sekarang, masing2 juga punya blog yg dijadikan sbg salah satu method penyampaian mereka kepada org ramai. Malah, dalam Islam itu sendiri, menulis merupakan salah satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan. Blog juga bolehlah kita klasifikasikan sbg diari cuma ianya lebih bersifat terbuka dan tidak memerlukan pen dan kertas obviously. Ini antara sebab kenapa aku membuat blog ini.
Selain itu, daripada observation yang aku buat..ak dapat simpulkan bhwsanya para penulis blog ni, akan melalui satu proses transformasi ( eeh, cam tagline AF& la pulak,hehe..) terutamanya dari segi kematangan fikiran serta gaya penulisan mereka. Daripada org yang mgkin tidak begitu pandai menulis, maksud aku, gaya penulisan yg agak kebudak-budakan, mereka ini semakin lama akan menjadi semakin bijak menyampaikan cerita mereka atau dalam kata lain gaya penulisan mereka menjadi semakin baik dan menarik unt dibaca hinggakan blog2 ini mempunyai followers nya yang tersendiri. jangan ingat sportsmen and artis je ader fan club, penulis blog pon ader tau! Orang berasa teruja unt terus mengikuti perkembangan blog2 mereka dan sentiasa ternanti2 unt membaca post2 terbaru mereka ( ke, aku je yg camtu? ). Pengolahan ayat serta gaya bahasa yang baik dlm setiap post menunjukkan bhw pemikiran para bloggers ini telah menjadi semakin matang. Dah macam karangan plak rasanyer..n ingin aku katakan di sini bahawasanya inilah yg aku cuba unt lahirkan dlm diri aku sendiri iaitu ingin menjadi lebih matang dari aspek pemikiran serta penulisan aku.
Tak dinafikan jugak, ak buat blog ni adalah kerana ak ingin mencatat segala detik2, peristiwa2 serta kenangan dan memoriyg pernah ak lalui agar ianya tidak padam atau hilang begitu shj dr kotak fikiran aku sebab manusia itu sifatnya mudah lupa. Aku ni sentimental orangnya tau! Pada aku, amatlah rugi unt saat2 indah terutamanya unt dilupakan begitu sahaja kerana kadang2 drpd saat2 seperti inilah ada sesuatu yang berharga yang boleh kita kongsikan bersama dan ini juga pastinya merupakan sebuah pengalaman hidup yang tak dapat ditukar ganti serta dipelajari dari mana2 sekolah sekalipun. Justeru, dari pengalamanlah kita akan terus hidup kerana pengalaman itu banyak mengajar kita akan erti sebuah kehidupan di samping menjadi seorang insan dalam erti kata yang sebenarnya. Ak juga sekiranya mampu, ingin berkongsi serba sedikit kisah atau pengalaman yg aku ada ( ader ke? ) sebagaimana orang lain berkongsi kisah mereka. Ya, life si about sharing dan kita hidup ni sebenarnya saling berkongsi antara satu sama lain.Anyway, sharing is caring, rite?
Since aku dah mencarut dan mengarut terlalu byk even baru 1st post, baiklah kiranya ak berhenti dulu di sini..and ape yg aku harapkan hanyalah ak akan dapat mencapai suma tujuan yg ak dah nyatakan tadi dan aku akan belajar sesuatu dan bukanlah hanya sekadar cakap2 kosong sahaja. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment