Salam~
Lama btul rasenye aku tak nulih kat blog nih...bukan disebabkan kekangan masa atau kelembapan tenet, tapi sebab rasa malas dan kekontangan idea..makanya, aku telah banyak berhutang dgn blogku sendiri. Kalaulah blog ni mende idup dan ianya ialah seorang ah long, mesti aku dah teruk kena belasah..hehe
Okay, back to the main story. Aku sbnrnya nak citer pasal wow. Wow ni singkatan kpd Wonderful Overseas Weekend, satu program pre-dept briefing yg dianjurkan oleh iLuvIslam. Boleh dikatakan camping gak la, cume dye lebeh berbentuk ilmiah dan santai. Tak begitu strict dan dikendalikan oleh senior2 yg balik bercuti from overseas. Btw, kem ni berlangsung selama 3 hari 2 malam stat pd 31 July sampaila 2 Ogos kat Nur Sg Merab, Kajang.
Lama btul rasenye aku tak nulih kat blog nih...bukan disebabkan kekangan masa atau kelembapan tenet, tapi sebab rasa malas dan kekontangan idea..makanya, aku telah banyak berhutang dgn blogku sendiri. Kalaulah blog ni mende idup dan ianya ialah seorang ah long, mesti aku dah teruk kena belasah..hehe
Okay, back to the main story. Aku sbnrnya nak citer pasal wow. Wow ni singkatan kpd Wonderful Overseas Weekend, satu program pre-dept briefing yg dianjurkan oleh iLuvIslam. Boleh dikatakan camping gak la, cume dye lebeh berbentuk ilmiah dan santai. Tak begitu strict dan dikendalikan oleh senior2 yg balik bercuti from overseas. Btw, kem ni berlangsung selama 3 hari 2 malam stat pd 31 July sampaila 2 Ogos kat Nur Sg Merab, Kajang.
the 5 of us at WOW!!
Basically, ramai gak lah peserta yg datang. From our college, ader 5 orang..ala, geng2 aku gak la..Hanaa, Mimi, Fiza ngan Aisyah. Mase nih, aku tak dpt result lagi. Jadi, aku tetapkan niat aku untuk datang menambah pengetahuan yg sedia ade kalaupun nanti ak tak dpt fly. Pada aku, biar dapat sesuatu yg berguna, daripada aku tak dapat apa-apa.
we did it!!!
Kat sana, kami berlima dipisahkan dalam bentuk group dan bilik. Nasib baik kami still ader geng eventhough dlm bilik dan group yg berbeza. Aku dok satu bilik ngan mimi n aisyah while hanaa plak ngan fiza. In groups plak, kami ditempatkan ikut universiti masing-masing. Makanya, aku ngan aisyah n fiza while mimi plak with hanaa. Group aku ader 8 orang yang akan further studies kat Lancaster n Newcastle. Member group aku, Alhamdulillah..best2 sumenyer..they were eila, fiza, aisyah, iman, qila, mariah n nidaa. Nice to meet them as aku dpt tambah lebih ramai kawan n kawan2 nilah nnti yg akan kami jumpe bile kat uk nanti, insyaAllah.
ahli kump aku, kump 4
Dalam wow, ader macam2 aktiviti and of course the main activities are ldk and youth cafe. Youth cafe lebeh kpd perkongsian oleh para ustaz yang berpengalaman. Dlam slot youth cafe, ustaz akan beri sedikit ceramah dan kami boleh bertanya any questions after that. Memang sangat berguna dan kami sangat bertuah sebab ustaz yg hadir bukan calang-calang ustaz iaitu ustaz riduan md nor dan ustaz hasrizal jamil. Tak dapat dinafikan, aku dpt many input dari perkongsian tersebut especially dlm slot youth cafe 4 which is about fiqh perantau. Dalam slot tu, kami didedahkan dgn permasalahan feqah yang biasanya akan dihadapi bile kite merantau ke luar negara. Harap dapat dipraktikkan ape yang aku peroleh satu hari nanti.
LDK plak ader 7 sessions which are Niat and Ice Breaking, Pokok Acai Berry, Muslims in The Real World, Explorace, Bedah oh Bedah, Bangun Pagi Ingat Siapa dan Destination Guidance. Setiap LDK mempunyai bentuk yang pelbagai dan pastinya ader objektifnya yang tersendiri. Honestly, aku suka explorace coz tyme ni kita dapat bermain dan menjawab soalan sambil mengeratkan ukhuwwah sesama ahli kump. Kerjasama dan sefahaman amat penting bagi memastikan setiap task yang diberikan dapat diselesaikan dengan jayanya. Muslims in The Real World jugak merupakan segmen yang aku suka sebab kat sini dpt menguji sejauh mana kemampuan dan kebijaksanaan kita unt menjawab any questions bout Islam yg ditanyakan oleh Non Muslim. Ternyata, masih banyak yang aku perlu pelajari dan persiapkan dalam diri kerana cara penyampaian yang berkesan akan memberi impak yang besar terhadap golongan ini. Sebabnya, ini jugak salah satu peluang yang dapat dimanfaatkan oleh kita untuk berdakwah. Destination Guidance turut membantu di mana senior dari universiti yang kita pilih akan memberi any in4mation yg kita nak tahu mengenai uni tersebut.
Konklusinya, aku rasa cukup bertuah kerana diberikan kesempatan dan kesedaran untuk menyertai program seumpama ini yang dapat membuka minda aku bahawasanya aku perlu bersiap sedia dalam menghadapi apa saja yang bakal mendatang dalam dunia kehidupan yang sebenar sebagai seorang pelajar Muslim. Moga Allah mempermudahkan segala urusanku dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Ameen...
p/s: WOW! lebeh bermakna sebab aku berjumpa 5 orang sahabat dari KISAS. Amirah Yaakob n Mutheerah peserta WOW! jugak, Norihan n Raja Nur Amalina ader program UM kat situ n Kak Nadiah Babge fasi program UM.
ader saper tau tak nape dah byk kali edit post unt selang tapi dye still tak nak selang?
ReplyDeletegeramnyer..