Sunday, October 11, 2009

Janji Hepi =)

Salam~
Kalau semalam seharian aku terperap di bilik, hari ini aku keluar unt menemani seseorang. Seorang kawan. Walaupun aku tahu yg aku masih punya kerja yg perlu aku siapkan, aku buat tak endah jer..Mahu enjoy, hilangkan ape jua rasa yg negatif. Seawal pukul 10 pagi, aku kuar berjalan kaki seperti biasa ke Keynes bus stop. Tak berapa lama, kawan yg ditunggu tiba. Syerin namanya. kami pernah keluar bersama, tika ke Ashford minggu lalu. Namun, masa itu, masih terasa janggal..mgkin kerana baru kenal. Harapnya, hari ni kami bisa kenal lebih rapat..bukan hendak mengharap lebih daripadanya, cuma sekurang-kurangnya aku punya teman. Dari tempat yg sama, yg mempunyai budaya dan cara hidup yg sama..yelah, mana tahu, kalau2 ader masalah nanti, dia bisa memahami.

Pagi itu, kami ke bandar..saja jalan2. Kami lalui setiap sudut yg ada..meng explore jalan2 baru yg slalunya kami lalui tika menaiki bas. Sambil itu, masing2 bercerita. Kisah diri, keluarga dan kisah dulu2. Puas berjalan, pergi membeli sedikit barang makanan di kedai pujaan. Ape lagi kalau bukan ASDA. Murah dan memuaskan. Mulanya ingin patah balik dan berjalan2 di town semula, tapi memandangkan hari seakan-akan redup, kami decide unt terus pulang.

Tanpa dirancang, Syerin mampelawa aku singgah di rumahnya, di Tyler Court. Kami punya satu persamaan, malas masak. Yalah, sebab memikirkan hanya tinggal seorang. Jadi, hari ni, kami mahu masak dan makan bersama-sama. Rindu pada nasi..hehe. Kami pun masak nasi goreng berlaukkan sayur campur dan fish fillet. Ringkas tapi sedap. Cukup unt mengenyangkan dan memuaskan perut yg sekian lama tak diisi dgn makanan ruji kami. Best masak kat Tyler, ruang dapurnya besar dan selesa. Sambil makan, kami menonton drama Korea, Boys over Flower di MySoju. Aku pernah menonton cerita Jepun di laman web ni dulu, tapi ntah kenapa aku terlupa akan laman web ni. Patutlah aku bosan tak tau nak tengok citer ape..Haha. Dalam 2 episod gaklah aku bantai tengok. Niatnya, nanti nak sambung di rumah.

Hampir seharian aku di Tyler, aku pun pulang. Mengemas barang2 yg dibeli dan baru mula unt menyiapkan kerja2 yg bertangguh. Esok ader kelas, jadi harus bersiap sedia. Takut tak paham n rasa down lagi. Sebelum tu, hehe..aku menolong housemate, Anne menghalau lalat di biliknya. Tak sangka ader lalat kat sini. Berusaha kami menghalau lalat tu keluar. Anne kata, lalat tu buat bising, jadi mengganggu die. Aku pun tolonglah die halaukan. Akhirnya, berjaya juagak. Then, kami berjanji unt ke kelas bersama esok pagi since kelas kami bermula pada waktu yg sama.

Hari ni aku hepi. Sekurang-kurangnya, ader sth yg aku buat hari ni. Takdelah rasa sunyi dan bosan. Harap2 aku dapat melalui hari2 yg indah lagi selepas ini. Hari2 tanpa insan yg disayangi dan dirindui di sisi. Hanya secebis ketabahan saja yg mampu menguatkan diri...

No comments:

Post a Comment