Salam ~
Promosi raya mula rancak dan bertambah sakan.
Kat corong radio, tv mahupun kat pusat beli belah, lagu raya yang kebanyakannya terdengar kat cuping telinga.
Kelihatan banyak gerai yang menjual kuih raya, lemang dan sebagainya dah memulakan perniagaan.
Daun palas untuk buat ketupat pun kelihatan dah dikelek pulang oleh makcik-makcik yang pulang dari pasar.
Stat petang bawak ke malam, berdentam dentum bunyi meriam buluh dan mercun yg kadangkala menggegarkan jantung.
Jalan raya pulak dah stat jam sbb org ramai dah mula bercuti dan mahu pulang ke kampung masing-masing. Mula la jugak OPS Sikap yg bermatlamat sama saban tahun iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang tak tahu akan tercapai atau tidak.
Masing-masing mula sibuk. Almaklumlah nak sambut raya. Kononnya raya setahun sekali, jadi persiapan kena rapi, barulah meriah.
Dalam pada itu, bimbang diri ini atau kita umat Islam terlalu ghairah dalam nak menyambut raya sedangkan Ramadhan bakal melabuhkan tirai. Di malam-malam akhir inilah dikatakan akan hadirnya sebesar-besar peluang iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan Lailatul Qadr.
Apa kita terfikir untuk meraikan malam-malam akhir ini? Entahkan sempat, entahkan tidak bertemu Ramadhan berikutnya jika kita berhasrat untuk mencari malam itu di tahun hadapan.
Biar kita beringat bahawasanya Allah kurniakan hari raya itu sebagai tanda kemenangan buat umat Islam yang berjaya menahan bukan sekadar lapar dan dahaga, malah menahan diri daripada melakukan perkara mungkar. Hanya mereka yang berjaya mengawal diri serta membuat perubahan pada diri di bulan Ramadhan ini yang akan memperoleh kemenangan sebenar di hari raya nanti.
Ya Allah, jangan kau biarkan aku tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi kerana tidak memperoleh walau sebutir pun mutiara dari bulan mulia ini. Kurniakan aku kekuatan untuk menjadi lebih baik setelah Ramadhan ini berlalu. Jadikanlah aku antara orang yang menangisi pemergian Ramadhan dan menerima kehadiran Syawal dengan sebenar-benar kesyukuran. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pengampun dan pemberi nikmat. Ameen...
Jom memburu kawan-kawan! ^^
P/s: Tersentuh membaca 2 artikel Ramadhan daripada Ustaz Hasrizal. Ingat, jangan Syawalkan Ramadhan yang masih bersisa. Baca : Jemputan buat yang sudi & Bintang Ramadhan di tanah kepulangan karangan beliau di Saifulislam.Com.
No comments:
Post a Comment