Salam wbt.
Jika ditanya berkenaan tujuan hidup, pasti ramai (termasuk aku) yang akan menjawab tujuan kita manusia diturunkan ke dunia adalah sebagai abid dan khalifah. Bahkan, dalam surah al A'raf ayat 172 ada menyebutkan tentang perjanjian kita dengan Allah di mana kita telah membuat pilihan untuk lahir ke dunia dengan menjalankan kedua-dua fungsi tersebut.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan merekadan Allah mengambil kesaksianterhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu? Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agardi hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini." (Al A'raf: 172)
You have already made it. You are here not to make a choice but you are here to understand why you made it.
Namun, sejauh manakah kita telah menjalankan fungsi sebagai seorang khalifah dan abid seperti yang telah dijanjikan itu? Inilah persoalan yang harus kita tanya pada diri kita. Kita mampu menjawab dengan jawapan yang tepat menegnai tujuan hidup, namun adakah jawapan tersebut dikira jelas? Ketahuilah bahawa ada perbezaannya di antara 'TEPAT' dan 'JELAS' itu sendiri. TEPAT dapat dinilai melalui permukaannya sahaja misalnya: Kita tahu tujuan hidup kita adalah sebagai khalifah dan abid. Manakala JELAS membawa maksud yang lebih dalam. Apabila kita jelas mengenai sesuatu bermakna kita mempunyai perancangandan senantiasa mencari peluang untuk merealisasikan peluang tersebut. Contohnya di sini adalah, kita tahu kita harus menjadi khalifah serta abid mempunyai ciri yang bagaimana dan sebagainya.
Dan sebagai seorang Islam, kita percaya akan adanya hari akhirat. Kita telah pun melalui alam roh (alam perjanjian), alam dunia (alam pembuktian) serta bakal melalui alam akhirat (alam pembalasan). Kerana adanya akhirat, kita sebenarnya mempunyai sebab yang lebih besar untuk menjadi cemerlang. Ketahuilah bahawa syurga hanya menerima keahlian manusia yang hebat dan cemerlang. Maka teruskanlah belayar mencari fungsi diri kita dan berusaha menjalankan fungsi tersebut serta menyumbang untuk agama yang tercinta ini. Wallahua'lam.
Buat renungan bersama:
" Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu, dia laksanakan dengan cemerlang." ( Hadith riwayat Abu Ya'la )
Impian Saidina Umar r.a:
"Harapanku agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu Ubaydah al Jarrah, Mu'adz ibnu Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meniggikan kalimah Allah SWT."
Siapakah mereka bertiga ini? Apakah kehebatan yang ada pada mereka?
Seterusnya aku hadiahkan sebuah video yang diadaptasi daripada buku "THE SECRET" tulisan Rhonda Brhyne buat diri sendiri dan semua. Moga bermanfaat.
There's nothing that you cannot BE or DO or HAVE.
You are magnificence creature &
You are here by your powerful and delivered wanting to be here.
Thus, you have to be grateful to be YOU!
No comments:
Post a Comment