Salam wbt.
Kembali buat seketika. Melihat kepada senggang masa antara post ini dan post sebelumnya, menunjukkan komitmen menulis yang kian pudar.
Masih berada dalam cuti Easter, namun 'cuti yang tidak berapa nak cuti' itu membuatkan aku malas nak bercerita tentang apa yang telah berlaku sepanjang cuti ini mahupun share anything sedangkan takdelah susah pun kalau setakat update blog dengan lagu atau video dari Youtube.
Kurang dari 2 minggu lagi peperangan mata penaku bakal bermula. Cukup bersedia? Errr...pokoknya masih berusaha selagi masa masih ada. Dah rasa macam takde life pun ada. Kebanyakan masa dihabiskan di bilik. Jumpa orang pun jarang, boleh tak? Macam kera sumbang pun ada...adehhh.. ( Sebab study last minutes gak la nih.. -.-" )
Anyway, jangan merungut dan mengeluh. Life must go on. Teringat kata-kata seorang kakak kepadaku masa nak PMR dulu. "Buat sehabis baik walau di titik terakhir!". Selagi ada masa, teruskan usaha. Jangan lupa untuk berdoa dan mohon kekuatan daripadaNya. Kejayaan tu kan milik Allah dan Dia boleh bagi pada sesiapa yang dikehendaki. Pokoknya, usaha,doa dan tawakkal.
Buat diri-sendiri dan sahabat-sahabatku, selamat berimtihan dan salam perjuangan! Moga Allah permudahkan urusan kita sebelum, semasa dan selepas peperiksaan, insyaAllah. Maattaufiq wanNajah :)
So by mercy from Allah , [O Muhammad], you were lenient with them. And if you had been rude [in speech] and harsh in heart, they would have disbanded from about you. So pardon them and ask forgiveness for them and consult them in the matter. And when you have decided, then rely upon Allah . Indeed, Allah loves those who rely [upon Him]. (Ali Imraan : 159 )
P/s: Highlighted ayat is my favourite ayat. "Apabila engkau telah berazam, maka bertwakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya" :)
P/p/s: InsyaAllah bakal kembali selepas exam. Lots of thing to do!


No comments:
Post a Comment