Tuesday, September 1, 2009

Di sini bermula segalanya~

Ayah aku orang Gurun,Kedah. Mak pulak orang Kepala Batas, Penang..alah tmpt Pak Lah..Aku? aku pulak lahir kat Johor Bahru. Mase tu, ayah keje kat Simpang Renggam. Aku tak ingat langsung tempat tu. Mase darjah 2, kami pegi kenduri anak Mak Long kat Johor. Mase tu lah mak tunjuk umah kami dulu-dulu.
Bile aku dah mule bertatih, ayah kena tukar ke Ipoh. Kami dok kat kem Pasukan Polis Hutan (PPH) , Ulu Kinta, Ipoh. Kem tu skang nie lebeh dikenali dgn nama Kem Pasukan Gerak Am (PGA). Lame jugak kami tinggal kat situ..lebey krg 6 tahun. Kiranya, zaman kecik2 aku bermula kat situ..2 org adek aku pun lahir kat situ. Makanya diorang adalah anak Ipoh. Mase kat Ipoh, ayah suke bawak kami g jalan2. Kat mana? bleh kate setiap ptg, kami ni lah pengunjung tetap stesen keretapi ipoh ngan lapangan terbang ipoh. Sementara tggu mak balik sekolah, kat itulah tempat kami lepak2.
Naik darjah 2, kami pindah lagi..but still dlm Perak. Kat Taiping Bandar Warisan. Kalau tak silap, kat Taiping lah paling lame kami duduk. Dari aku darjah 2 sampai lah aku sekolah menengah. Adik bongsu aku pun dilahirkan kat situ.Taiping memang bandar yg sgt best. Aku memang dah serasi kat sini. Kawan-kawan pun ramai kat situ. Hot spot kat Taiping, semestinya Taman Tasik Taiping. Slalu picnic kat situ. Sampai sekarang pun, kalau ke Taiping, kami mesti singgah kat situ unt picnic.
Lepas tu, ayah dpt tukar ke negeri asalnya, Kedah. Bukan main seronok sebab dpt balik ke kg halaman sendiri. Tapi, kami tinggal di Kulim. Mase family aku pindah, aku takde. Bersekolah di Klang, Selangor. Rasanya, lepas ni, kami takkan ke mana2 lagi. Lagipun, ayah dah nak pencen. Maka, kami akan tetap di sini. Rumah pun kami beli kat sini.
Hurm, abes pasal tempat tinggal, aku nak citer sket pasal mende lain. Seawal pagi aku bangun, mestilah gosok gigi kan? Eh, nape? KOrang tak gosok gigi ke? Ehehe..
Aku gune ubat gigi Mukmin..(perlu ke ni pun nak btau? ntah ape2 jer)
Bile iron baju, aku gune iron jenama Pensonic. Hmm, ape lagi ek? Ha..aku gune syampu Secret Garden..wangi...adekah korang sedar, ape yang aku cube sampaikan? Belum lagi?
K, mari baca lagi...
Dari aku kecik, sampai skrg, dah macam2 jenis keta yg diguna oleh family kami. Tapi, tak perlulah aku nyatakan sumanya..cukup sekadar aku btau yg kami pernah guna keta Iswara, Wira, Kenari dan Kancil. Keta Kancil masih digunakan sekarang. Dgn keta2 nilah kami pegi ke mana-mana. Slalunyer, balik kampung..
Sambil menaip, tengok tv jap. Owh, skang tgh tayang drama Melayu. Aku layan jugak drama-drama nih..Eh, baru2 ni korang tengok tak? Alah, citer Hati Malaya.. Aku teruja sgt bile dpt tau citer ni kuar kat tv. Dah lama nak tgk. Last2 dpt jgk tgk..best!!!
ader gak citer Sarjan Hassan lakonan Tan Sri P.Ramlee. Ak jugak penah tgk citer Embun, Paloh dan Bukit Kepong. What a big sacrifice yg dah dilakukan oleh pejuang-pejuang dulu.. Aku sungguh terharu dan bangga dgn semangat diorang.
Sebut pasal sukan, korang minat tak? Kalau tak aktif sukan pun takpe..juz tgk n give our full supports kpd pasukan yg bangga menyarung jersi belang hitam kuning. Mungkin mereka belum sehebat mana, tapi..sokongan tu sgt penting k! Bukan tak ader di kalangan diorang yg menjadi world no. 1.. ader tau! Jadi, mereka jugak hebat..
Sebenarnyer..aku saja berceloteh panjang unt post kali ni. Ape yg aku nak tekankan, kita sebagai rakyat Malaysia kena bangga dgn identiti kita. Kita bertuah, dilahirkan dalam sebuah negara yg merdeka dan aman. Bukan aku nak katakan yg aku ni rakyat yg baik n patriotik sgt, sbb aku sendiri pun bukanlah menggunakan sepenuhnya barangan buatan Malaysia, belum habis menjelajah seluruh Malaysia dan belum semua filem patriotik yg aku tengok dan tak suma lagu patriotik yg aku suke dengar. Kalau kita dapat buat sikit-sikit pun, jadilah. Kena ader rasa sayang pada tanah air sendiri. Jgn terlampau, sudahlah!
Anyway, kat sini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52 pada 31 OGOS baru-baru ini. Aku bangga jadi anak Malaysia! Ingat, kita suma 1 Malaysia! Jgn ader perbezaan especially dari segi perkauman. Mari kita semua berdoa kepada Tuhan agar tanah bertuah ini akan terus dipelihara dari sebarang mara bahaya. Semoga Malaysiaku akan terus berjaya serta berada dalam aman sejahtera.
MERDEKA!!!

No comments:

Post a Comment