Salam ~
Seawal 8 pagi, aku dan beberapa orang kawan iaitu Dibah, Syerin, Wahidah dan Azmah dah bersiap-siap keluar rumah. Plan hari ni : pegi Carboot sales kat Wincheap :)
Sebenarnya, ini baru kira kali kedua aku berpeluang nak ke carboot sales ni. Jarang dapat pegi sebab biasanya bus service nak ke Wincheap masa awal-awal pagi belum ada. So, kitorang pun merekrut Haikal, kawan from CCCU yang ada kereta untuk bawak kitorang ke tempat kejadian.
Carboot sales ni yang bestnya, boleh dapat barang-barang dengan harga yang sangat murah. Biasanya ada buku-buku, barang keperluan rumah, games, toys, pakaian terpakai, hardware dan macam-macam lagi lah. Banyak jugak benda-benda yang unik, klasik dan cantik kat sini. Memang gatal jugaklah tangan dibuatnya nak menyambar barang-barang yang menarik perhatian.Mula-mula yang plan nak beli sikit je, tapi sampai kat sana, nah! Sampai tak cukup tangan nak bawak barang..ehehe :P
Barang yang menjadi sasaran utama aku n my housemates hari ni sebenarnya rak kasut dan full length mirror. Satu kawasan tu kami round nak carik mende-mende nih and Alhamdulillah, we got what we want dengan kos cuma 5 pounds! Untuk barang 2nd hand yang masih elok quality dan condition nya,memang berbaloi-baloi dan puas hatilah! ^^
Haha, not only that. Alang-alang dah carik barang rumah tu, kehendak diri jangan dilupa. Dalam pada aku yang sedang ringan poket ni, aku tetibe menjadi rambang mata dan merembat beberapa barang like jaket jeans, seekor itik kuning gemuk, seekor tigger dan satu cermin full length. Total costs were only 6 pounds beb! Uishh, memang tak dapat di mana-mana pasaran lah harga cenggini.
Nak tahu apa perasaannya bila dapat berbelanja camni? Haha, rasa cam aku adalah pengguna berhemah! :P
Penuh barang kat kiri kanan ;P
Az dengan baju silk yang baru dibeli.
Hasil tangkapan pagi tadi ;)
Percubaan Wahidah menculik Tigger aku.
Anak patung aku, Wahidah, Dibah n Syerin. They are sooo cute!!!
P/s: Alaa..jap nye weekend. Esok dah sekolah :(
Suka gambar Nadiah peluk semuaaa binatang2 tuh. Sampai muka pun tak nampak! x)
ReplyDeleteHaha. Dorg kata kte tak secomel binatang2 tu. So kena sorok muka :P
ReplyDeletelawa gambar2 tu......ko amek dr syerin ke?
ReplyDeleteAah..
ReplyDelete