Salam ~
"Weyh, nampak tak Sancroft dah putih..heeeee", sms pertama yang aku dapat pagi tu from Dibah membuatkan aku terjaga dari tidur.
Terus aku turun dari katil untuk menjenguk ke luar tingkap. Subhanallah, belakang rumah dah putih! Salji dah mula berkumpul di tanah dan masih lagi sedang turun. Pagi menjadi ceria tatkala melihat kehalusan dan keputihan salji tu.. :) Terus keluar ke depan dan belakang rumah untuk amik gambar dgn sliper n baju tidur..ngehehe :P
Tak dinafikan, aku beriya-iya tanak snow turun awal kali ni. Takut susah nak ke kelas memandangkan sekarang still dalam term time. Para junior semua nye excited menunggu snow tapi tidak aku ( berlagak konon sbb dah penah rasa..haha ). But then, when tengok tempat-tempat lain dah snow, jeles jugak terasa di hati and akhirnya, aku pun menjadi penuggu setia snow macam adek2 tu jugak..ahaks :P
Betapa setiap yang Allah jadikan itu ada kelebihannya. Walaupun aku berkata tidak suka pada mulanya, tapi apabila salji tu turun, hati turut rasa gembira, mengucap berbanyak syukur dan puji-pujian buatnya atas nikmat dan keindahan ciptaan Nya yang satu ini. Bahkan aku bertuah sbb dapat merasa pengalaman bermain salji sbb kat Malaysia memang takde ahh nak turun salji kaann..Sekarang, waiting for more snow sbb nak main!! Hehe :D
Subhanallah walillahil hamd!
".....dan Dia juga menurunkan ais dari langit,iaitu dari (gumpalan2 awan) gunung-gunung,maka ditimpakanNya (butiran-butiran ais itu) kepada sesiapa yang dikehendaki dan dihindariNya dari siapa yang Dia kehendaki..."(An-Nur:43)
Snow in winter 2010
No comments:
Post a Comment