Salam wbt,
Haa, tetiba keluar lagu pengantin baru ni..kenapakah? Ehehe ;)
9 Disember 2011, jam 10 pagi Malaysia bakal mencatatkan sebuah lembaran baru buat sahabat tersayang. Tak sangka begitu cepat masa berlalu dan kini kau bakal menjadi suri hidup seseorang. Sebagai sahabat, aku pastinya berasa gembira untuk dirimu. Moga kau beroleh bahagia yang dicari, mendapat ketenangan di hati, senantiasa ditemani insan yang menyayangi dan beroleh keberkatan dalam rumah tangga yang dilayari dari dunia sampai akhirat.
Sedih kerana tak dapat menghadiri hari pernikahanmu, namun percayalah, doa kami di sini senantiasa bersama kalian. Moga diberi kelancaran sepanjang majlis serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Buat sahabatku Arfah Nabilah,

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير ×2
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru dearie!
Moga menjadi isteri yang solehah, penyejuk mata dan penajam fikiran buat sang suami.
Moga menjadi isteri yang solehah, penyejuk mata dan penajam fikiran buat sang suami.
P/s: Jangan lupa kitorg k? Janji buat kenduri second time masa kitorg balik Msia nnti..ehehehe :P
No comments:
Post a Comment