Salam wbt.
"Negeri cantik, budaya menarik, orangnya pun baik-baik"
Sekarang, kita pegi Terengganu pulak. Kami ke Kuala Terengganu je hari tu. Cukuplah lepas hajat nak pegi tengok Masjid Kristal yang lawa tu..hehe
Tapi orang kata, kalau pegi Ganu, kena pegi pantai dan pulau-pulau kat sana pasal tu yang mahal and cantik tu. Memang bila lalu kat tepi laut Ganu, teruja beb! Cantik sangat air laut dia. Next time maybe. Masa ngan duit cemburu nak buat camana kan. At least, akhirnya setelah 24 tahun aku hidup ni, dapatlah merasa datang Ganu for the first time.
The only thing yang aku nak sangat bila pegi Terengganu, of course makan kepok lekor banyak-banyak. Nak yang fresh, dari Terengganu. Alhamdulillah, dapatlah jugak walaupun tak sempat nak makan kat Seberang Takir yang dikatakan sangatlah popular kepok lekornya. Beratur orang nak beli. Yang bestnya, mak borong banyak kepok lekor and keropok keping, weeehuuuuuuuu! :D
| Antara keropok keping yang diborong. |
So, kat Kuala Terengganu tu, tempat first yang kami tuju ialah Pasar Payang. Ni antara tempat wajiblah kan. Bagi para wanita, pasar ni memang syurga membeli belah gak. Kat sini mak beli setengah kodi (aku tak penah dengar pun penjodoh bilangan ni..huhu) kain batik Terengganu and 3 pasang kain pasang batik untuk aku, angah and achik. Memang cantik-cantik dan berkualiti batik Terengganu ni. Kain sutera batik lukis dorg paling cantik and menarik hati. Colour dan corak kain-kain tu sangat sweet and ekslusif. Maklumlah lukis tangan. Tapi tulah, mampu tengok jelah sebab harga memang ratus-ratus, ribu-ribu ye tuan-tuan dan puan-puan. Kau mampu? Aku memang taklah..huhu. Kain pasang tu pun mak aku yang belanja kot -__-"
| Tq mak belanja kain yg lawa-lawa ni..hee |
| Kain batik setengah kodi i.e 10 helai |
After shopping plus pekena nasi dagang kat Pasar Payang, kami terus pegi ke Taman Tamadun Islam. Kat sinilah terletaknya Masjid Kristal dan Taman Monumen. Subhanallah, Masjid Kristal tu memanglah indah seperti yang dikatakan. Dari jauh pun dah shining kubahnya bila disinar mentari. Ramai sangat orang datang melawat masjid tu. Siap ada majlis akad nikah lagi masa kami pegi tu. Memang meriah :)
| Pusat Konvensyen TTI |
| Masjid Kristal di kejauhan... |
| Merelip merelap kubah dia. |
Dah puas mengagumi keindahan Masjid Kristal, kami pergi ke Taman Monumen. Kat dalam taman ni, terdapat monumen-monumen masjid dari seluruh dunia yang dibina dengan saiz yang agak besar jugaklah. Agak menarik sebab kita boleh tengok keunikan senibina masjid-masjid di luar negara. Disebabkan kawasannya yang agak luas, ada jugak perkhidmatan tren untuk membawa pengunjung mengelilingi taman sambil melihat monumen-monumen. Tapi kena bayarlah kan. Tiket je dah mahal (pada akulah), so kami choose to jalan kaki je. Boleh pegi dekat-dekat sikit dengan monumen-monumen tu. Pada sesiapa yang nak berbasikal pun boleh. Basikal disediakan secara percuma :)
| Maghi jelajah Taman Monumen..yehaa |
That's the only things that we did kat Kuala Terengganu. Not much tapi puas sebab dah dapat pegi tempat-tempat menarik kat sana. Next time nak pegi pantai dan pulau je. On the way back, kami singgah sambil menghirup udara segar kat Pantai Rhu Sepuluh dan memborong lagi keropok-keropok ikan untuk dibawa pulang.



No comments:
Post a Comment