Salam wbt.
Tengah menulis dengan hidung yang berlari (Baca: Running man..eh, running nose..hehe :P)
Aku ni jenis yang jarang sangat sakit. Alhamdulillah for that coz aku sangat tak suka bila time sakit tu, aku sorang-sorang..jauh from my parents. Almaklumlah time sakit biasanya kita harap attention lebih, especially from the loved ones kan kan kan?
Tapi, orang yang jarang sakit, kalau dia jatuh sakit akan teruk sikit la. Kalau cam aku, aku jarang batuk contohnya. Once batuk, lambat nak lega and boleh jadi batuk yang sampai takleh tido malam and sakit dada tu..haa..begitu.
Now with musim hujan-panas-hujan-demam-sakit-demam, Allah uji aku pun terkena tempias. Mujur rasa nak demam hari tu one night je. Berat sangat kepala sampai tak tido nyenyak. Esoknya dah baik tapi berganti pulak dengan selesema dan batuk sampai sekarang. Rupanya mak pun sama jugak. Moga kita dua cepat sembuh ye mak ;)
Sakit ni jugak satu kifarah dosa di mana Allah akan gugurkan dosa-dosa kecil kita. Masa nilah kita diuji samaada kita syukur ke tidak dengan nikmat sihat. Sihat sebelum sakit (Cer nyanyi lagu ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..ade kan?). Time sihat tu kita buat apa? Banyak ke buat kebaikan? Jangan bila dah sakit, dah tak larat, beralasan tak mampu buat kebaikan. Na'uzubillah..
Indahnya Islam kan? Sakit pun dapat ganjaran.
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
Buat sesiapa yang ditimpa kesakitan meskipun seringan-ringan penyakit, moga Allah sembuhkan segera. Jom amal baca selawat syifa'. Mudah-mudahan jadi ubat :)
P/S: Rasa cam nak tercabut dah hidung ngan tekak. Tisu pon dah berapa bungkus habis. Jauhkan aku daripada merungut ya Allah. Moga jadi kifarah dosa..Ameen..

No comments:
Post a Comment