Tuesday, August 12, 2014

Setahun

Salam wbt.

12 Ogos 2014. Genap setahun aku menyambut ulangtahun sebagai wanita bekerjaya. Biasanya kalau first year anniversary ni memang kita ingat. Sebab ni yang jadi permulaan dalam sesuatu..ecewahh.

Walaupun  aku selalu merungut and tak happy sangat dengan kerja ni, tapi tak dapat dinafikan aku banyak belajar itu dan ini sepanjang setahun yang berlalu ni. Satu pengalaman dan kenangan jugaklah kiranya. Yang baik jadikan panduan, yang buruk toksah dok ulanglah kan.

Kalau orang lain duk wish "One year and counting", rasanya aku pulak nak tulis "One year and not counting" wahahaha. Can't believe aku survive for this one year. Kesabaran aku takat ni je kot. Tabik buat mereka yang mampu bertahan lama dalam satu-satu kerja yang dibuat. I will, insyaAllah..when I find what I love doing.

Moga Allah mudahkan urusan lepas ni walaupun cuak sebab nekad memberhentikan langkah kat sini sedangkan takde backup. Rezeki tu ada, insyaAllah. Doakan.

Rakan sekerja di Kannal Group.  Lepas ni, kira 3 orang from gambar ni
dah cabut. Tinggallah para jejakas dan sorang puan sebelah aku tu. All the best lah yeee :P

No comments:

Post a Comment