Salam wbt.
![]() |
| 1st time sedondon iols..haha. Sampai jeles kak sedare tu |
Ishh taktau kenapa sejak balik from Kedah lepas cuti raya tu, asyik rindu je Hari Raya. Syawal pun dah nak abes dah. Cepat sungguh..
This year punya raya aku rasa antara yang best. Sebab tu rindu. Rindu time kumpul ramai-ramai jumpa saudara mara. Rindu nak pegi berziarah. Rindu nak makan best-best..eh? Actually, rindu kat bulan Ramadhan tu lebih-lebih lagi..berkat bulan mulia.
Syukur, raya kali ni Allah bagi rezeki untuk berkongsi rezeki. First time kasik duit raya..tehee..Seronok! Patutlah orang kata, memberi tu lebih baik dari menerima. Yang bestnya, tak sangka layak lagi dapat duit raya walaupun berkali-kali duk bagitau yang aku ni dah bekerja. Takpelah, rezeki jangan ditolak kan ? Hihi.
![]() |
| Tengok sampul duit raya yang macam2 jenis pun dah esaited. Ape lagi bila kasik duit raya. |
Ha, tetiba teringat pengalaman nak balik raya ritu. Apart from jam tahap gaban yang diketahui umum, (oh ye, perjalanan aku ritu double up from biasa. Dari 5 jam, jadik 11 jam!) ada la jugak benda yang best sepanjang perjalanan tu. Surprisingly, aku punya tahap kesabaran kali ni okay sikit la. Memang duk ngadu kat fb (saja la, drama2), tapi sebenarnya aku tak lah rse teruk sangat. Yelah, mende memang expected and aku dah set awal2 dalam pale otak yang memang akan jam teruk, so nak tak nak kena hadap la kan?
Aku balik masa tu hari Sabtu, dapat naik bas yang tempat duduk agak kecik and duduk sebelah orang. Selalunya aku akan beli single seat sebab nak privacy dan tido yang selesa (Penting tau! Haha). Ditakdirkan ada sorang makcik ni duduk sebelah aku (Lega, sebab tak kena sebelah lelaki). Makcik ni ala-ala aunty kesayangan aku Aunty Azmah je bila aku tengok dia. Memula aku diam je macam biasa sebab aku memang seorang pendiam..ececeh :P Yang start conversation pun makcik tu dulu tapi awal-awal perjalanan kitorang tak banyak cakap sebab masing-masing layan tido.
Bila memasing dah tak larat bangun-tido-bangun-tido still tak gerak ke mana sangat, ada la borak sesikit. Soalan basic la, tanya duk mana, keje mana, nama apa, bla bla bla. Owh, tapi aku lupa tnya nama makcik tu..ehehe. Dipendekkan citer, after long hours in the bus, pakcik tu pun berenti kat R&R Tapah tak silap aku. Tu pun after ada sorang minah ni tak tahan nak terkucil. Kalau tak, pakcik tu tanak stop pasal bukan setakat jalan je jam, R&R pun dah macam sadin! Lega la jugak tapi dapat berenti sebab aku risau sangat tak sempat solat Zohor Asar since dah lewat petang sangat.
Perjalanan pun bersambung and as expected, kena berbuka dalam bas. Mujur dah ready roti sebungkus dan air mineral. Pakcik bas kata kalau boleh memamg nak berenti untuk bagi penumpang berbuka tapi nasib kitorang tersekat dalam jam yang tak berpenghujung kat area terowong Ipoh tu. Terharu sangat bila makcik sebelah aku hulurkan kurma untuk berbuka. Bukan setakat hulur kat aku, dihulurnya kat drebar, kat orang sebelah sana dan mana-mana orang yang berhampiran. Bagusnye makcik ni ingat kat orang lain. Bukan cam aku, bawak roti untuk diri sendiri je..haihh. Lepas bagi kurma, dihulurkannya pulak maruku dan kuih raya. Mak aih..malu woo. Pastu dia kesian katanya tengok orang sebelah dia bebudak laki dua orang cam tak bawak bekal ape2 je untuk berbuka, lalu dibaginya semua maruku dan diorang pun makan tanpa menoleh ke kiri kanan lagi..hehe.
Sembang punya sembang, ada la jugak duk cakap topic keje. Makcik tu keje kat MINDEF..lama dah jugak katanya duduk di KL. Ni nak balik raya ngan mak dia. Dia dah kematian suami dan takde anak. Tak sabar nak pencen dia kata sebab nak balik Kedah jaga mak dia. Pastu aku pun tanpa segan silu citer gak situation aku yang tak berapa nak gemar keje di KL nun. Dia pun setuju, katanya kalau boleh carik la jugak2 keje kat Kedah and jaga mak ayah sementara still muda belia dan bujang trantangtang ni. Tambah lagi duk KL tu mahai..
Dalam nak dekat Isya’ tu, pakcik drebar pun berenti kat R&R Bukit Gantang. Dah tak sesak gila macam waktu siang tapi masih ramai. Maka berbondong-bondonglah kitorang turun mencari makanan berat sebab tadinya buka gitu-gitu je dalam bas. Sian pakcik bas tu, sebab yelah..dah la sampai lambat ke destinasi pastu malam tu ada trip satu lagi patah balik ke KL. Dia kata dah biasa especially musim2 perayaan memang camtu. Letih memang letih, tapi tulah tanggungjawab dan kehidupan yang perlu diteruskan..
Weii panjang gila cerita! Aku tulis cerita ni, untuk renungan diri sendiri kala terleka dan terlupa. Nak baca bila-bila nanti kan . Walaupun perjalanan aku sangaaaattttt panjang hari tu, tapi aku bersyukur sebab dapat belajar something la dari kehidupan orang lain. Teringat kata-kata cikgu Add Math aku dulu; “Sebab apa Allah bagi kita jumpa dengan macam-macam orang? Supaya kita dapat ambil pengajaran dan belajar sesuatu daripada mereka.”
Indeed, it is. Eh, sempat lagi kan? Selamat Hari Raya everyone! Kullu ‘am wa antum bi khayr J
![]() |
| Siap pi meminang di hari raya baq hang. Saja ikut harap dipinang pulak pasni wakaka :P |





No comments:
Post a Comment