Sunday, March 23, 2014

Maraton

Salam wbt.

Alhamdulillah, another weekend yang di fully utilised and maximised and maratonised. Eh.

Yang pasti bukanlah weekend ni dipenuhi dengan larian maraton mahupun maraton drama seperti yang dibayangkan, tetapi maraton makan-makan kenduri. Hehehe. Macam biasa, aku antara ahli tetap ke rombongan kenduri-kendara kawan-kawan aku.

This time, rombongan cik yah kami menghala ke selatan tanah air nun di Pontian sana. Berempat menaiki kereta Myvi merah jambu, antara ahli rombongan adalah aku, Mira, Shakirah & Raihan. Weols siap bersemangat amik half day demi memberi liputan live pernikahan dan resepsi majlis sahabat tercinta cik Fatin Zuaini yang kini bergelar PUAN ye.

Wedding Puan Fatin Zuaini di Pengkalan Raja, Pontian 220314

I'm always love pegi rombongan camni sebab boleh spend time together gether ngan my frens along the way. And then tengok kebahagiaan yang terserlah di wajah sang pengantin is so priceless :') Mengharapkan berkat yang sama buat kami yang masih belia remaja lagi masih belum berpunya..wakaka :P

Balik from Johor, kami singgah pula ke Gombak menghadiri majlis seorang lagi sahabat iaitu Puan Aini Yunos. Berkesempatan juga bertemu beberapa orang sahabat lama.

Di majlis kenduri Puan Aini Yunos pula di Gombak 230314

Yang pentingnya, kali ni punya kenduri, ada dua lesson learnt buat aku. First, don't ever put the iron straight on the clothes. Tahniah buat diri sendiri sebab tak menguji tahap kepanasan iron terlebih dahulu lalu selamatlah satu kain baju kurung menghasilkan lobang -__-"

Second, jangan gatai nak pakai kasut yang kekonon suweet bertali bercangkuk bagai kalau pi kenduri yang dibuat kat rumah sebab payah oii nak bukak and pakai balik kasut tu. Orang dah siap, hang duk terkial-kial lagi depan pintu dengan kasut hang tu. Haishh.

Apapun, mabrouk alaikum sahabat-sahabat yang telah selamat diijabkabulkan. Moga berbahagia sampai ke syurgaNya..ameen. Yang pastinya, aku bahagia kerna dapat ke butik TudungPeople buat pertama kalinya. Eheh.

Nampak tak sinar kebahagiaan kami? Haha