Salam wbt.
I wonder why, makin dewasa ni, makin cepat homesick. Mengada ke? Hahaha. Padahal baru je balik Gurun last week. Siap amik cuti sebab nak enjoy lama-lama.
These two three days, tak la rasa sangat eventho on the day balik KL balik rasa cam tak best sangat, tak puas. Tapi hari ni, tiba-tiba rasa homesick membuak-buak balik. Siap teringat tempe goreng tepung mak yang sedap terbabow tu lagi. And teringat cucuq cempedak. Apakah? Wuwuwu..
![]() |
| Mak aih..sedapnya..*ayaqliuqleleh* |
Kesimpulan yang aku dapat buat ialah, aku tak berapa nak happy tinggal kat sini. Rumah yang aku tinggal sekarang memang more less cam tempat berteduh sebab senang nak g keje. Ada housemates tapi semua jenis buat hal sendiri. Tak best kan kan kan?
Pastu pulak, pesen orang yang cepat rasa bosan macam aku ni, dah start la rasa,''Ish, cam tak best la keje aku ni." Ha sudah. Orang lain tahan keje bertahun, yang aku ni baru berapa bulan dah bosan. Maybe sebab keje macam aku ni mengadap nombor tetiap hari. Pastu duduk je dalam opis tu. Sampai ada sorang abang ni tegur,"Abang tengok korang Accounts Exec nih, serious je semua. Ha cuba senyum sikit.."
![]() |
| Senyum gitu haa..comel je |
Ntahla. Aku pun kalau boleh tanak la nampak serious sangat. Jeles tengok diorang bergelak ketawa kat luar tu. Tapi pengaruh persekitaran account department tulah..Lepas ni pindah opis, yang tempatkan semua account exec je semua..confirm stress in the air..huwaaaa
Dulu ade la berangan, kalau boleh nak keje yang boleh pegi travel, bukan terperuk dalam opis je. Kekonon businesswoman la? Haha. Takpun keje kat cafe ke, buat kek ke, keje kat syarikat buku ke, best jugak. Tapi nasib badan dah ko belajar akaun, ha nah buat akaun!
Aip! Kata tanak mengurut dah. Eh merungut. Ingat, kena banyak sabar dan belajar. Indeed, He knows best. Mungkin ni benda yang aku tak suka tapi ada hikmah dan kebaikan yang aku akan dapat. Mudah-mudahan satu hari nanti Dia tunjuk jalan dan temukan aku dengan benda yang aku betul-betul suka dan enjoy. Ameen.
.jpg)
