Salam wbt.
Mungkin aku tiada sebarang pertalian darah atau tidak pernah mengenali mereka, namun tak dapat dinafikan seharian hati turut berasa sebak dan air mata turut mengalir tanpa mampu ditahan.
Setelah lebih sebulan tragedi pahit yang berlaku ke atas pesawat MH17 Ramadhan lalu, Alhamdulillah 20 jenazah pertama rakyat Malaysia akhirnya dapat dibawa pulang untuk disemadikan di tanah air. 22 Ogos 2014, tercatat sebagai Hari Berkabung buat seluruh rakyat Malaysia lebih kepada memberi penghormatan dan memperingati mangsa-mangsa yang terlibat.
Mereka teraniaya oleh keadaan. Malah tiada siapa menyangka mereka akan pergi sedemikian rupa. Sedih, namun hanya Dia yang mengetahui di sebalik setiap yang berlaku. Kita takkan dapat lari dari kematian hatta di mana sekalipun kita bersembunyi. Satu hari yang pasti, kita akan kembali mengadap Ilahi.
Ya Allah, Kau berikan kekuatan dan ketabahan buat keluarga dan rakan mangsa terlibat. Sedangkan kami turut merasa kesedihan, apatah lagi mereka yang hilang tempat bergantung dan orang tersayang. Rahmatilah mereka yang telah pergi dan tempatkan mereka di kalangan golongan yang beriman dan bertaqwa. Mudah mudahan kami yang masih diberi nyawa senantiasa beringat akan hari tibanya kematian menjemput dan berusaha mancari redhaMu..Ameen ya Rabbal Alamin.
Moga keamanan negara terus terpelihara dan MH17, kau kan tetap dalam ingatan kami semua :'(
