Salam ~
Hampir seminggu tak menulis, membuatkan aku sukar untuk mula mencoret sesuatu. Bagaikan tak terungkap kata, tak tersusun bicara untuk berkongsi pengalaman dan rasa. ( Memanglah, bukan aku bercakap kot...). Eloklah kiranya aku mulakan pengalaman cuti kali ni dengan cerita yang indah-indah. Memang banyak yang aku pelajari di musim cuti kali ini. Sangatlah betul bahawasanya, semakin jauh perjalanan..makin luaslah pandangan serta pengalaman. Aha..ape lagi, mari!
*****************************************
Kali ni, aku bercuti dengan 5 lagi rakan lama yang dikasihi iaitu Izza, Mimi, Hanaa, Fiza dan Aisyah. Diorang nih, teman-teman tika aku belajar di KDU dulu. Kami belajar di tempat yang berbeza. Fiza, Izza dan Aisyah kat Lancaster sana, sedang Mimi dan Hanaa pulak di Warwick. Kami merancang untuk spend tyme together dengan berjaulah ke Ireland. Jadi, sebelum tu kami berkumpul di Warwick dulu. Aku dan geng Lancaster sampai awal 2 hari sebelum percutian ke Ireland bermula. Mahu jalan-jalan di Warwick dulu. Jadi petang tu, tuan rumah bawak kami bersiar-siar kat tempat yg dorang pun tak penah pegi, which is Leamington Spa. Ade taman rekreasi yang sangat besar dan sangat cantik kat sane. Taman tu namenye Jephson Gardens. Esoknya, diorang pegi ke Cadbury World. Aku yang mempunyai masalah lain, tak dapat turut serta. Redha je lah..Lagi pun, dah janji dengan rakan-rakan di Kent untuk pegi bersama.
Perjalanan ke Leamington Spa bermula!
( Erk, naik bus ye..jauh kot nak jalan kaki )
Di Leamington Spa dan Jephson Gardens
Itu cerita di Warwick. Mari bermula dengan kembara Eire kami. Seawal 5++ pagi, kami dah pun bersiap-siap untuk bergerak ke Birmingham International Airport memandangkan flight kami jugak agak awal which is dalm kul 6 something. Sesampai-sampainye, kami bersarapan dengan bekalan yg dibawak ( Awal-awal lagi dah amik langkah berjimat-cermat, bagus! ). Flight ke sana takdelah lama, dalam sejam lebih camtu rasenye ( tido je sepanjang tu, mne tau ape2 ). Tiba di Dublin International Airport, kami pun ambik aircoach untuk ke bandar, atau lebih tepat lagi ke University College Dublin ( UCD ) yg merupakan tempat kawan Hanaa, Jasmine belajar. Dia yang akan menolong kami especially dari segi accomodation sepanjang percutian kami di Eire ni. And noe what? UCD sangatlah besar ok! Jejak je kaki kat sana, terasa bagai berada di universiti kat Malaysia. Terbit rasa teringin untuk merasa lifestyle di universiti tempatan. Mase tu, timbul la plan giler-giler kami which is this coming summer, masa balik Malaysia, kami nak serang sume uni di sekitar KL..hehehe. Tengoklah nanti, kite tunggu ape yang jadik :P. Kami dijamu makan nasik goreng sardin yg best oleh Jasmine b4 berjalan-jalan di bandar petang tu.
Hanaa dan Jasmine
Selesai makan-makan semua, Jasmine pun bawak kami membeli bus pass yang valid selama 5 hari. Dia tak dapat nak menemani kami since she had class petang tu. Kami pun ape lagi, pegi lah meredah je bandar Dublin tu berdasarkan naluri hati dan peta. Tempat pertama yang dituju, Stephen Green Park. Hehe, taman lagi...Taman ni pun tak kurang hebatnye. Besar jugak and yang seronok ialah suasana kat situ. Masa tu lunch time, n orang sangatlah ramai melepak-lepak dan berpicnic kat situ. Ade yang baring siap dengan kot-kot kerja dan baju sekolah. Memang happening ok! Cam kat tepi pantai dah lagaknya. Kami pun decided to join the club jugak. Mujur bekalan sandwich dan makanan rapu masih ade. Dapatlah merasa suasana picnic..hehe.


Lama jugaklah lepak kat situ. Then kami pun mula bergerak ke town. Mencari tempat-tempat tumpuan pelancong seperti Temple Bar, O'Connell Street Area dsb. Actually, kami juz lalu je since sume tempat tu basically cam same je dan kena bayar..( Ingat, kena jimat ). Jalan punye jalan, kami jumpa Dublin Castle n decided to masuk jap buat syarat. Tapi, kena bayar jugak. So, amik gambar kat luar je lah. After that, we're hunting for souvenirs and seperti yang dicadangkan Jasmine, kami ke Carroll's Gifts nyer kedai. Kat situ je yang harga souvenirs nye agak berpatutan dan ade diskaun. After all that, kami pun balik semula ke UCD. Jasmine nak bawak kami dinner di Dublin Mosque. Katenye ade kedai yang sedap makanannya kat situ and lepas tu, bolehlah kami menuju ke tempat penginapan kami, iaitu kat rumah kawan-kawan Jasmine. That's all for day 1 in Dublin, Ireland. More to come ya! :)





Teruja jmpe masjid..bukan senang tau!
P/s: Ramai yang mula saket-saket kaki. Camne nak memanjat esok? Hehe..








No comments:
Post a Comment