Salam ~
Aha, cuti masih berbaki lagi dua minggu. Dan macam yang aku dah rangkakan dlm kepala otak ni, aku nak main puas-puas untuk 2 minggu dan start study for the next two weeks. Sepatutnya, after balik from Dublin, aku n beberapa org kawan akan ke Paris, menyambung percutian. Namun, nasib tak menyebelahi kami sebab ruang udara masih belum pulih sepenuhnya untuk flight beroperasi. Jadi, aku stranded buat kedua kalinya. Tapi aku rasa beruntung dan lega sebab bukan lagi stranded di tempat org, tapi di tempat sendiri. Alhamdulillah.
Nak dijadikan citer, keciwalah bakal para pelancong ke Paris tersebut. Mana tidaknya, tiket sume dah dibeli and yang paling sedey sbb bila lagi kami dapat pegi since lepas cuti ni sah-sah sume da bz ngan exam n balik Malaysia. Honestly, aku tak begitu sedih sebab ternyata trauma masih menghantui gara-gara stranded di Dublin hari tu. So, kami di Kent nih, pegi lah membuat beberapa aktiviti untuk mengubati ahti yang lara..ececeh. Almaklumlah, kalau dapat di refund kesedihan ni, takdelah terasa sangat kan?
Aktiviti pertama : Tour around Uni
Ha, aktiviti ni best jugak sebenarnye. Bukan ape, aku slalu dok ulang alik turun naik ke uni, tapi asik lalu jalan yang sama. Boring kot. Jadinya, hari tu kami pun lalu la kat jalan yang jarang kami amik. Mula-mula ke padang dekat belakang Keynes college. Eh, ade tasik kat situ rupenya. Lawa jugaklah scenery dye. Amik-amik gambar dan terus jalan sampai ke Jennison Building. Kat situ tasiknye lebih besar dan ade banyak itik n anak-anak itik. B4 this cam tak nampak pulak anak-anak itik tu. baru bertelur kot..hehe. Comel sangat ok! Rasa nak picit-picit diorang. Dah puas layan itik n anak-anaknye, kami meneruskan perjalanan ke Parkwood. Otw tu jumpe lah binatang lain lagi cam semut, arnab and tupai. Pastu, since dah sampai sana, kami pun bercadang nak jenguk Wahidah and end up dgn angkut dye skali join kitorang jalan ke Woolf College. Kalu da sampai Woolf, sudah semestinya kami akan lepak kat umah aunty, makan-makan n bermalam kat sana.
Aktiviti kedua : Lunch together-gether
Lunch ni cadangan Firra since ade tetamu istimewa datang hari Sabtu tu. Kak Nura Marina. Dia bekas student kat Kent n datang nak amik baki barang-barang kat sini. Kami nak buat surprise la konon-kononnya, hehe. Jumaat malam tu, kami dah mula memasak. Kami buat bergedil kentang. Menu untuk hari esok pun tak kurang hebatnya. Menu utama ialah soto, nasi ayam, roti jala dan tiramisu. Fuh...memang terangkat abes la! Malam tu dah macam kenduri studio aunty. Siang tu, aku dan Dibah teman aunty shopping barang untuk makan-makan. Memang gaya cam nak borong satu ASDA lah kalau tgk barang yang dibeli. Aktiviti makan-makan ni memang dah jadik rutin kami kat Kent. And aunty cakap, maybe ni yang terakhir kami dapat kumpul ramai-ramai sebab after this sume da bz ngan exam. Memang enjoy lah. N nice to meet Kak Nura jugak. Dye memang sweet ok! Dye turut mewariskan kitorang ngan sedikit alatulis yang ditinggalkan hari tu..hehe thanks!
Aktiviti ketiga : Jalan-jalan London
Ni cadangan aunty asalnye. Dia kesian kat kitorg coz tak jadi g Paris. Lagipun, memang tak penah kuar jejalan ngan aunty, so, ape lagi..okey je lah. Kami bertolak pagi Ahad dan bercadang nak stay one nite kat rumah En. Ishak, sorang kenalan aunty. Beliau buat bisnes B&B yang mengutamakan tetamu from Malaysia. Kami bertolak ke London naik high speed train yang memang laju abes lah. Tak sampai sejam pun kami boleh sampai kat London nun yang biasanya take time dalam 2 hours if naik bas. Sesampai-sampai kat sana, kami mengisi masa ngan shopping dulu kat area Oxford Street. Hehe, aku yang masih kepokaian takdelah membeli ape-ape. Aunty terlebih dulu mendahului dengan membeli helikopter mainan. Lepas tu, kami ke Primark. Satu kejadian yang tak disangka terjadi which was Syerin met Sultan Pahang kat dalam Primark tu. Kuar-kuar je, dye nanges-nanges citer kat aku ngan aunty coz tak kenal baginda tuanku ssetelah berborak sakan. Yelah, sape sangka akan jumpa Sultan dalam Primark, betul tak? Hehe..dalam pada tu pun sempat lagik amik gambar. Malam tu pulak kami pegi makan-makan di Tuk Din, salah satu kedai makan milik rakyat Malaysia. Memang sedap. Oh ya, lupe. Kami pegi KFC sesampai kat London. Di Camden Town ade KFC halal, so kami pun melepaskan rindu kat ayam-ayam KFC di situ. Selesai dinner yang turut di join oleh kawan aunty, kami pegi jalan-jalan amik angin malam kat area London Eye. Cantik sangat tempat tu dengan cahaya lampu yang begemerlapan. Tapi frust sket sbb tak pandai amik gambar-gambar yang cantik. Masa balik, sesat jap dan ntah bape kali kami tukar bus malam tu. Alhamdulillah, berjaya gak sampai kat rumah En Ishak dan masing-masing tidur dengan lena di bilik yang amatlah selesa tu.
Esoknya, agenda kami ialah ke zoo. Kami bangun agak lewat since memang tak nak terkejar-kejar pun. Lepas sume dah siap dan bersarapan ringan, kami decided to makan berat siap-siap kat kantin MSD. Adeyh, memang lazat tol makanan. Tak mampu untuk aku menahan nafsu daripada makan dengan banyaknye. Memang kalau dok London, boleh tambah gemuk aku. Puas makan-makan, kami bertolak ke zoo. Before sampai zoo, ami melalui satu taman rekreasi yang sangatlah besar dan cantik which is Regent Park. Jalan beberapa minit, sampailah kami kat zoo. Memang best lah zoo kat sini sebabnya, haiwan-haiwan diletakkan dalam jarak yang tak begitu jauh dengan pengunjung. Jadi, mudah bagi kami untuk mengambil gambar. Memang lama jugaklah kami spend tyme kat sana. Hampir 4 jam. Tapi, memang puas walaupun saket-saket kaki. Petang tu, kami pulang ke rumah En Ishak berkemas-kemas dan bertolak ke King Cross untuk menaiki tren pulang ke Canterbury. Percutian yang singkat tetapi cukup bermakna especially sebab dapat pergi ngan aunty yang telah banyak menjaga kami kat Kent ni. Lepas ni, stop jalan-jalan seketika. Kan dah janji nak study? :P
P/s: Banyak lagi gambar-gambar di FB. Yg lunch tu kecik coz copy from FB aunty Azmah :p





No comments:
Post a Comment