Thursday, April 22, 2010

Indahnya kembara di musim bunga ( 2 ) ~

Salam ~

Okeyh, jom sambung citer. Usai tamat perjalanan kami di hutan batu Dublin yang hanye dipenuhi bangunan-bangunan, kami bangun sekali lagi seawal pagi untuk bertolak ke Galway. Perjalanan ke sana boleh tahan jauh which is dalam 3 jam lebih tak silap dengan menaiki bas. Tido lagi. Sampai-sampai jer, dah nampak kehijauan serta kebiruan alam. Subhanallah, sangat cantik ok. Tu belum tour betul-betul lagi. Kami yang sampai agak awal menunggu kedatangan agent2 yang akan hanya akan memulakan promosi mereka pada pukul 10 pagi. Ade drama ye berlaku di situ sebentar. Ade 2 agent berebut-rebut mahukan kami mengikuti pakej mereka. Terasa popular sebentar. Lebih tepatnye, bukan rasa popular, tapi rasa pening, rasa bersalah, terancam dan macam-macam lagi ( Kebanyakannye hanya spekulasi liar kami :P ). At last, we chose Healy Tours setelah Hanaa termakan pujuk rayu abang hensem serta memandangkan kawan Hanaa dikatakan pernah jugak mengikuti agent yang sama.


Tepat jam 10 pagi, bas mula bergerak ke tempat-tempat yang telah direkemenkan. Tempat pertama, alamak! Can't remember the name..Err lets juz call bukit berbatu :P Ok, kat situ kitorg g mendaki untuk melihat panorama desa di Galway from atas. Kehijauan ladang yang terbentang luas, kebiruan laut dan langit sememangnya memukau, Subhanallah. Aku tak mampu menahan dari asik mengambil gambar coz kecantikan alam kat situ mmg tiada tandingannya. Pendakian kami dipandu oleh John, yang merupakan lulusan Geologi ( Btul ke ni? Thee.. :P) dan yang paling penting, tempat ni merupakan tempat tinggal turun temurun keluarganya. So, mmg expert lah beliau nih. Tiba di certain-certain checkpoint, John akan berhenti sambil menerangkan serba-sedikit tentang tempat tu. Salah satu fakta yang menarik, lembu-lembu dan ternakan mereka akan dipindahkan ke atas gunung tu mase musim sejuk. Mesti korang wonder kan camne lembu yg besar tu leh naik atas? Kite yang kecik ni pun tak terlarat. Setelah puas, kami pun turun dan berehat sebentar di rumah John sambil menikmati apple pie buatan mummynyer yg ternyata agak sedap.




Ok, move to next place. We then pegi ke portal tomb yang dikatakan ala-ala stonehedge kat Bath. Tapi ade seketul jer la. Tak banyak macam yg kat UK nun. Tapi, yg bestnyer..pemandangan sekitar tu. Lawa bangat. Ha, meh tengok.


Tak lupe jugak, bukan satakat tempat-tempat yang kami berenti ni jer lawa, pemandangan sepanjang dalam bas tu pun tak kurang cantiknye. Agak geram di situ sebab hanya dapat amik gambar melalui cermin tingkap yang berhabuk. Abes tak cantek..huhu. Tempat ke -3 adalah tempat wajib yang paling kami tunggu-tunggu iaitu Cliff of Moher. Tempat ni memang amazing. Ada two sides of cliffs sebenarnye but to go dua-dua memanglah tak sempat dalam masa sejam. So, we decided to choose the one yg ade O' Brien's Tower skali. Senang. Dapat dua tempat terus :)


Hari hampir petang dan perjalanan hampir sampai ke penghujung. Kami kemudiannya dibawa ke sebuah bar untuk lunch. Dengan indahnya cahaya mentari petang tu, kami memilih untuk lunch di luar. Kami makan bekalan yang diberi oleh sahabat-sahabat yang menumpangkan kami di rumah mereka. Perjalanan bersambung ke dua buah lagi tempat menarik yang aku memang dah totally lost apekah namenye. Tapi, cam bese, lawa tetap lawa. Satu di tebing tinggi yang nampak laut n satu lagi istana yang dikelilingi air. Habis melawat istana, berakhirlah perjalanan satu hari kami di Galway. Pulang semula ke Dublin dan bersiap-siap untuk pulang keesokan harinya. Yang pasti, sesuatu telah menunggu kami yang sama sekali tak pernah kami jangka. Akan ku ceritakan nanti, insyaAllah...


P/s: Jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat yang memberi layanan first class buat kami. Tak terbalas budi kalian. Datanglah UK nanti.. ^^

2 comments:

  1. Assalamualaikum...Wah,bestnyer mak cik sorang ni jalan2.kat sana tengah summer ke?kat johor musim panas.hehe.. :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam..
    belum la ten, baru musim bunge..hehe
    rindu ko la....

    ReplyDelete