Sunday, June 13, 2010

Cukup ye!

Salam ~

Waa...dah hari Ahad la..cepat betul! 
Haha, ni kes dah stat gelabah sebab tak stat pun lagi study untuk last paper jumaat nanti. Memang seminggu ni, langsung tak pandang sikit pun kat notes n latihan Quantitative Method, even sekilas pandangan pun tak. Patutnye nak stat study semalam sbb dah janji, tapi tetibe ade ArtsFest plak, hisshhh saje je tanak kasik study ( salahkan mende lain plak :P ).

Oleh itu, secara rasminya, aku nak buat perjanjian baru iaitu akan memulakan study berkuatkuasa pada malam ini atau pun esok ( eh, boleh ade ATAU pulak eyh.. ) . Ini kerana packing barang pun tarak stat lagi, so bermulanya study hanya bila aku dah stat packing walaupun sedikit cuma. Just untuk puaskan ati. Padan muke ko Nadiah..sape suh seminggu tu ko pegi merewang merata. Memang bertepatan lah dengan kata orang dulu-dulu: " Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran " ( matching tak? Haha..main hentam jer :P )

Dan tanpa sedar, bulan Rejab kembali lagi. Maka, makin dekatlah kita dengan bulan yang penuh barakah iaitu Ramadhan. Semoga Allah masih memberi nafas untuk kita melaluinya sekali lagi pada tahun ini. Bertepatan dengan sebuah hadith riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas :

للهم بارك لنا فى رجب وشعبان وبلغنا رمضان

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan" 

Ameen ya Allah...




P/s: Biasanya orang akan berpuasa sunat di bulan Rejab kerana dikatakan ada fadhilat-fadhilat tertentu. Boleh baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai puasa di bulan Rejab Puasa di bulan Rejab berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Moga kita mendapat gambaran yang lebih jelas dalam melaksanakan sesuatu ibadah dalam Islam, bukan hanya kerana fadhilat-fadhilat tertentu sahaja. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment