Salam ~
Logo ni aku ambil dari blog seorang rakan bagi turut sama menyatakan sokongan terhadap kekejaman tentera
Zionis. Ini mungkin usaha kecil yang mampu dilakukan memandangkan blog juga boleh menjadi salah satu
medium untuk menyatakan apa jua yang tersirat di fikiran serta hati kita. Namun sekecil mana pun usaha kita,
yakinlah bahawa Allah pasti memandangnya. Dan ketahuilah bahawa apa jua kejayaan yang tercipta
sebenarnya bukan hanya digerakkan oleh usaha-usaha besar yang dapat kita lihat dengan mata kasar tetapi
usaha-usaha kecil yang kadang-kadang kita anggap remeh juga turut memberi sumbangan. Oleh itu, jangan
berhenti berusaha!
Logo ni aku ambil dari blog seorang rakan bagi turut sama menyatakan sokongan terhadap kekejaman tentera
Zionis. Ini mungkin usaha kecil yang mampu dilakukan memandangkan blog juga boleh menjadi salah satu
medium untuk menyatakan apa jua yang tersirat di fikiran serta hati kita. Namun sekecil mana pun usaha kita,
yakinlah bahawa Allah pasti memandangnya. Dan ketahuilah bahawa apa jua kejayaan yang tercipta
sebenarnya bukan hanya digerakkan oleh usaha-usaha besar yang dapat kita lihat dengan mata kasar tetapi
usaha-usaha kecil yang kadang-kadang kita anggap remeh juga turut memberi sumbangan. Oleh itu, jangan
berhenti berusaha!
Antara bantuan-bantuan yang boleh kita ambil mengikut kemampuan kita antara lain, adalah :
1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda
ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu
menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih
dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun
kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi
berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada
rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak
menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif
10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk,
sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam
3) Bantuan Doa ; Bagi yang tidak mampu memberi kedua-dua bantuan di
atas, atau termasuk juga merkea yang mampu, teruskan berdoa untuk
keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi
Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir
dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan
pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai :
A: Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan
untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar
untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab
termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt
sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar
kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
B: Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan
nas yang sohih.
C: Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
D: Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan
solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh
meneruskannya.
5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan
makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh
dan waktu-waktu lain.
6) Menulis ; Tulislah di blog, web, forum anda, ruangan akhbar,
majalah yahoogroup dan lainnya, buatkanlah kajian ringkas dan
permudahkan penyampaian info kepada orang ramai berkenaan kezaliman
Yahudi terhadap Palestin dan sekutu-sekutu mereka.
7) Ceramah ; anda mampu ceramah? berikanlah ceramah berkaitan isu ini
atau hadirkanlah diri ke ceramah berkaitannya di tempat anda.Anda
tidak semestinya seorang ustaz/ah untuk ceramah dalam bab ini,
wartawan pun boleh.
8) Boikot : perkukuhkan boikot barangan Yahudi dan Amerika di ketika
ini. Hantarlah surat dan bantahan, petition, memorandum kepada
kedutaan Amerika, Mesir dan sekutu jahat mereka. Pelajar Al-Azhar,
kami mendambakan tindakan dan usaha anda terhadap kerajaan Mesir.
( Cadangan di atas diambil daripada artikel tulisan Ustaz Zaharuddin yang lebih dikenali sebagai UZ
AR )
Moga usaha kita diberkati. Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment