Saturday, June 12, 2010

Pendidikan seni :P

Salam ~

Sepanjang hari ni aku menjadi peminat seni. Kerana adanya satu pesta yang berlangsung di Kent Uni. Pesta seni atau lebih mesra dipanggil sebagai ArtsFest oleh penduduk tempatan. Aku, Dibah, Firra dan K.Tip sepanjang petang dan malam pegi berjalan dari khemah ke khemah di mana pelbagai pertunjukan seni berlangsung. Bermula dengan menonton sekejap live band show yang quite membingitkan, kami kemudiannya beralih kepada choir yang dinyanyikan oleh pelbagai lapisan umur. Apa yang pasti choir tu jugak agak membosankan sebab kebanyakan penyanyinya adalah warga emas, begitu jugak penontonnya. Oleh kerana kami masih berjiwa muda belia, kami ke venue seterusnya untuk menonton tarian salsa. Agak menarik berbanding nyanyian. Acara lain yang kami turut saksikan ialah Capoeira iaitu sejenis seni mempertahankan diri yang berbentuk tarian dan jugak Irish dance. Overall, pesta seni ni takdelah best sangat since kebanyakan acara yang ditawarkan hanyalah nyanyian dan begitu kurang sekali acara berbentuk seni tarian terutamanya tarian tradisional.

Acara yang paling kami tunggu-tunggu sebenarnya akan berlangsung di malam harinya iaitu pertunjukan bunga api di Tyler Hill yang jugak berlatar belakangkan pekan Canterbury. Acara ni memang best. Melihatkan bunga api yang pelbagai warna dan corak, semua hadirin bersorak dengan keriangan. Kemuncak hari tu adalah pelepasan bunga api yang terbesar sekali hinggakan ianya kelihatan seperti sebuah payung besar yang melitupi seluruh kawasan Tyler Hill dan apabila ia mula jatuh kelihatannya seperti bintang-bintang yang berguguran. Memang cantik amatlah! Terkagum seketika :D Ape-ape pun, let's enjoy some pics and video of the ArtsFest yang i dapat amik tadi. Layan ~









No comments:

Post a Comment