Sunday, July 4, 2010

Penakluk Jurusalem

Salam ~

  • Aku yakin ketika Tuhan mengurniakan aku bumi Mesir, Dia juga mengurniakan bumi Palestin kepadaku. Aku juga yakin ketika Tuhan mengurniakanku jawatan khalifah, Dia juga memberi tanggungjawab kepadaku bagi membebaskan Baitul Maqdis daripada tentera Salib. Disebabkan itu, aku menyerahkan seluruh diriku berjuang pada jalan Allah.

  • Pilihlah kami bagi membebaskan Baitul Maqdis dan jangan matikan kami sehingga kami dapat bersembahyang di Masjidil Aqsa.

  • Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia.

Kata-kata di atas aku petik daripada sebuah buku yang sedang aku baca. Bacaan kali kedua sebagai ulangan dan sebagai peringatan. Betapa kurang pengetahuan mengenai tokoh-tokoh terbilang Islam yang sepatutnya lebih aku kenali berbanding figura-figura terkenal lain. Seorang sejarawan Islam, Ibnu Shaddad pernah berkata mengenai pahlawan terbilang ini, "Kerana terbakar dengan semangat bagi memerangi tentera Salib, jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Beliau sentiasa berusaha mencari jalan bagi menguatkan pasukan tentera serta berbincang dengan sesiapayang menyuarakan pendapatnya mengenai persediaaan perang itu. Dalam menjayakan usaha jihad, beliau meninggalkan rumah kedaiaman dan keluarga, serta memilih kehidupan dalam khemah tentera. " Beliau yang dimaksudkan adalah Salahuddin al Ayubi, pahlawan Islam terbilang yang berjaya menawan semula Palestin selepas Saidina Umar al Khattab. Ayuh, kita dalami sejarah Islam! Moga kita dapat memperoleh sesuatu yang berharga sebagai pembakar semangat untuk turut sama berjuang dalam menegakkan ad-deen tercinta. Allahuakbar!

 
P/s: Buku ni lah yang aku sedang baca. Kalau boleh, cari buku sejarah berbentuk novel macam ni, iAllah, tak jemu membaca. Mudah difahami jugak :)

1 comment: