Salam ~
" Aik, semalam baru je top up RM10, apsal dah tinggal bape sen je ni? Aku takde la plak call or sms byk, 3-4 org je. Tu pun sorg dlm 2-3 sms je. Musykil nih.."
Pagi tu mmg aku heran jugak camne kdt aku yg byk, tetibe tggl ciput. Aku check beberapa kali baki kdt tanda tak percaya. Akhirnya, aku cme redha. Ade la kot silap kat mana2.
Petangnya, aku mintak Angah top up kan lagi RM10. Iyelah, da tinggal bape sen tu, camne nak contact kekawan. Lega. Baki kembali bertambah. Esok paginya, sekali lagi kdt lesap. RM8 hilang camtu je. Aku tertanya-tanya lagi. Tak lama lepas tu, msk 2 msg. Berturut-turut. Katanya, aku ada melanggan khidmat ape ntah. Aik..ni yg pelik. Baru je beli no ni 2-3 hari lepas. Takdelah plak aku melanggan mende2 alah tu. Apsal plak nak tolak kdt aku. Ni melampau. Sekali lagi baki kdt berkurang.
Memandangkan dah 2 kali kejadian sama berlaku, aku ajak ayah ke kedai tempat aku beli no tu. Menyatakan rasa tak puas hati aku. Kata acik, dye pernah alami mende yg sama. Khidmat2 ni besenye penipu besar gak. Saje nak cari untung. Ko tekan la STOP ke, STOP ALL bape kali pun. Nnti dye charge jugak evry month. Dah la nak msg perkataan tu pon dah kena charge. Melampaui batas ubi betul nih! Masalahnye aku takde subscribe ape-ape. Andaian acik, org yg penah gne no ni dulu kaki langgan. Dye langgan segala macam mende n aku yg kena. Biasalah, no2 ni dorg recycle je balik.
Pegi kedai tu, diorg kata dorg takleh buat ape2. Kne pegi kat centre dye. Pegi la centre plak. Dye pun buat la sth. Tapi aku musykil, apsal usaha dye sama cam aku je. Suh aku top up n taip STOP segala bagai tuh. Kalo setakat tu aku pon boleh buat sendiri. Ceh. Bila aku tanya, dye dgn konfidennye kata, sume dah ok. Aku nyer no dorg dah stop kan dari segala perkhidmatan langganan tu. Tup tup ptg tadi, lagi RM1.50 disapu. Camtu jer. Aku dah bengang. Mati la kalo asik top up, kdt abes. Camne nak gne cntct org. Jadi, penyelesaian nye satu je. Aku nekad. Kena jugak tukar nombor lain drpd asik dihantui kehilangan kdt yg berterusan camni. Aku pun dah penat menyumpah. Cukuplah..
P/s: Mmg akhir2 ni kat berita pun byk cakap psl kes tipu2 thru fon nih. Jgn mudah percaya. Dalam pada tak buat ape2 pun, boleh kena naya..Adoii laa..So, kena hati-hati ok!
No comments:
Post a Comment