Saturday, May 4, 2013

55

Salam wbt.

1 day to go for a big day! (You'll know what big day it is by tomorrow ;). It's 'raya' for the whole country..hehe).

Ok, I want to switch mode. *English mode off. Malay mode on. Nak feel sikit ceghita :P*

Sambil-sambil dok kira turun (atau countdown ye tuan puan. Amboi, direct translation. Terlebih sudah..haha) hari tu, hari ni hari yang agak special jugak sebab ayah dah sampai umur bersara! Wehuuuuu... :D

Hari ni hari lahir ayah yang ke 55. Alhamdulillah, ayah masih sihat and handsome jugak cam dulu. Aku mohon agar Allah terus kurniakan kesihatan yang baik dan memberi perlindungan kat ayah dunia akhirat..ameen..

Kami buat tiramisu untuk ayah. Tapi kami je yang ngap..haha

Actually, over je seronok sangat ayah dah sampai umur bersara. Ayah dah bersara hampir 2 tahun dah pun. Bersara awal sebab penat kerja katanya. Takpelah, lagipun kami adik-beradik pun semua dah besar-besar. Aku tahu betapa penatnya ayah keje dulu. Yelah, sebagai seorang anggota polis, kerja memang tak tentu masa. Tapi being ayah, my hero, ayah tetap jalankan tanggungjawab demi keluarga.

Anyway, I'm happy to see ayah pun happy dengan kehidupannya sekarang. Ayah boleh rileks, pegi surau, join pakatan (ala-ala rukun tetangga tu), bela ayam and bebas buat apa-apa aktiviti kegemaran dia. Mak pun jealous sampai rasa nak bersara jugak..haha..

Anak-anak ayam kesayangan ayah.
Dorang ni pon ditatang bagai minyak yg penuh oleh ayah.
Ala, cam ayah jaga kami gak la..haha

Dibela sampai gemok camni haa..dah la manja plak tu.
Kalau ayah datang je, semua pakat jalan ikut belakang ayah..

Moga ayah terus happy dengan apa yang dia buat. InsyaAllah, ada rezeki nanti Along dan adik-adik pulak akan belanja ayah and support ayah walaupun memang takkan terbalas semua jasa dan pengorbanan ayah kat kami :')

No comments:

Post a Comment