Salam wbt.
Ini perihal Pasca PRU 13. Dari perspektif aku yang bukan sesiapa. Sila jangan muak :P
- Hampir seminggu berlalu and ternyata perihal PRU 13 masih hot diperkatakan di mana-mana. Penangan PRU 13 yang dikatakan memberi satu fenomena besar dalam negara. Dari pelbagai sudut. Di semua peringkat umur. Di serata ceruk kampung mahupun bandar. Tepat seperti ramalan beberapa pihak. PRU 13 memang memberi impak yang besar.
- Starting from malam keputusan pilihanraya diumumkan, FB aku memang penuh dengan status tentang reaksi rakyat tentang PRU 13 ni. Ada yang sedih, ada yang gembira dengan result tersebut. Tapi rata-rata ramai yang sedih, keciwa, frust menonggeng and tak puas hati (Termasuk aku. Rasa keciwa dia tu tahap giga sampai sehari suntuk lepas tu pun dok pikir, betul ke ni? Realiti yang pahit dan sukar untuk ditelan). Yang pakat sedih tu pasal parti dan calon depa tak menang la kan and yang part tak puas hati tu pasal rasa kemenangan pihak tu semacam tak adil. Banyak sangat isu yang timbul buat orang jadi ragu-ragu. Isu terhangat; BLACKOUT kat pusat pengiraan undi, peti-peti undi yang kononnya belum dikira tetiba di 'jumpai' di saat-saat akhir, pengiraan semula and keputusan yang keluar sangat lambat berbanding PRU yang sebelum-sebelum ni. Kamon la, rakyat sekarang dah celik..susah nak tipu diorang kot!
- Apapun, aku respect dengan para pimpinan bagi parti-part yang belum menang (bukan kalah ye!) coz diorang terima result ni dengan open heart and open mind. And their words really calm me down. Kalau pemimpin yang sendiri berada dalam pertandingan tu sendiri boleh redha dan percaya dengan ketentuan Allah, apa lagi kita rakyat marhaen ni? Memang ada je yang still tak puas hati dan keciwa sampai buat perhimpunan bagai, tapi tu semua sebab ketidakadilan yang dirasakan. Sebagai rakyat, we do have the right to voice out kalau kita nampak ada ketidakadilan, kezaliman dan sebagainya. Kita nak pemimpin yang baik, yang mampu jaga kebajikan rakyat, and the most important is, we want a better Malaysia. Bukan hanya untuk kita, tapi untuk generasi anak cucu cicit piut kita nanti.
- Paling tak boleh blah bab ada pemimpin parti yang menang tu buat kenyataan berbaur racist. Menyalahkan rakyat dan kata rakyat tak kenang budi setelah macam-macam yang kerajaan bagi kat diorang. Rasa yang jasa diorang tu besar sangat sebab dah memerintah negeri atau negara dalam jangka masa yang lama. Tu bukan kenyataan bijak okeh! Malaysia ni kan ke dikatakan multiracial country. Korang jugak yang siap keluarkan slogan 1 Malaysia. How could you blame on people who just choose for what they want? There must be something wrong somewhere kat diri pemimpin dan cara kepimpinan dia kalau rakyat tak pilih. They are not emotional if they choose to take you down. They are rational and brilliant enough in making their choices. Even Islam sendiri tak suruh kita jadik racist. All people no matter what races they are should be treated equally. Satu lagi, pemimpin tu sebenarnya adalah khadam rakyat. Dipilih untuk rakyat so that boleh tolong rakyat. If you said people are emotional and buat you kalah after what you have given them, you are totally WRONG! Nampak sangat you pegang jawatan for the sake of title, name, position or money maybe? Tak ikhlas nak tolong rakyat is it? Tak baik mengungkit tau!
- Besides, rakyat benar-benar mengharapkan ketelusan dalam proses pilihanraya akan datang. Media jugak, meskipun hak milik kerajaan, tapi sepatutnya mengamalkan pemberian maklumat yang adil kepada kedua pihak especially dalam waktu-waktu pilihanraya camni. Janganlah media cuma menjadi tukang sebar fitnah dan pengampu. Sangat tidak adil bila ada pihak yang tidak diberi peluang menyatakan manifesto atau sebarang maklumat berkenaan pihak mereka. Bagaimana rakyat terutama yang di luar bandar tu nak menilai? Orang bandar takpelah ada internet. Boleh buat research dan mendapat maklumat yang lebih telus (kalau pandai buat pertimbangan la). Jangan takut dengan bayang-bayang sendiri dan jangan sekat hak kebebasan bersuara.
- Fuhhh..rasa lega dapat tulis apa yang bermain kat minda 4-5 hari ni. Banyak lagi sebenarnya tapi cukuplah kot sekadar nak lepas geram. Mula-mula ingat nak jugak buat analisa sikit tapi sebab dah banyak analisa dan pendapat yang dikemukakan oleh experts terutamanya and banyak pun sumber lain yang kita boleh baca pasal PRU ni, so takyahlah kot. Sapelah aku nak buat analisis bagai ni..haha..bukan penganalisa politik pun. Banyak benda tak tau. Baru bertatih nak masuk alam dewasa and ambil tahu pasal hal-hal negara. This PRU really makes me grow up. Dulu aku ignorance and malas la nak ambik tau, tapi sekarang tak lagi. Aku dah mula interested dengan hal-hal ni. Tak boleh terus hidup kat zon selesa kita je. Malaysia needs more youngster yang cakna pasal isu semasa dan bukan disogokkan dengan hiburan semata. Leaders, take note! Ni sebenarnya tugas utama anda. Membangunkan negara dan pemikiran rakyat ke arah yang lebih baik. And jangan lupa bagunkan jugak moral diri dan masyarakat. Never kelabukan mata mereka dengan duit jeeee..
- So, tahniah plus takziah buat pimpinan yang bakal menerajui negara untuk tempoh 5 tahun ni. We really hope that there's no more corruption dalam pemerintahan anda. Mungkin anda menang hari ni, tapi ingat masa-masa depan and akhirat. Siapalah kami untuk menilai dan menuduh yang buruk sahaja. Sekadar mengingatkan. Rakyat pun boleh tegur pemimpin kalau dirasakan pemimpin salah. As profesionals, terima peringatan dan buat kerja dengan telus dan amanah. Moga Allah redha :)
![]() |
| We just want a better Malaysia. That's it! :) |
P/s: Sorry kalau post ni nampak berat sebelah. Aku betul-betul dah terima keputusan ni dengan hati terbuka. Tak bermakna pihak yang aku sokong tu betul je. Perlu muhasabah jugak sebab mesti ada silap kat mana-mana sebab tu rezeki tu belum berpihak pada kita. Nobody is perfect rite? ;)
.jpg)
No comments:
Post a Comment