Salam~
Alhamdulillah..After bout a week merantau, melihat-lihat tempat orang, akhirnye aku dan teman-teman selamat kembali ke Canterbury. Bahagia rasanya. Benar sekali kata peribahasa, " Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri ". Hehe, meskipun UK bukan tanahair aku, tapi ternyata ak rindukan suasana di sini tatkala kaki berpijak di bumi Spain. Bukan tidak merindui Malaysia, cuma terlalu mustahil untuk ak kembali ke sana dalam masa terdekat, maka aku hanya mampu merindui UK yg kini menjadi tempat permukiman sementara. Cerita mengenai Spain, akan aku khabarkan nanti, insyaAllah..
Gembira juga kerana boleh kembali menulis dan mencoret di laman ini. Juga dapat mengetahui perkhabaran dari rakan-rakan melalui encik tenet. Btw, aku nak ucapkan bebanyak terima kasih yang tak terhingga kepada semua yg menghadiahkan ucapan serta doa di hari lahir aku baru-baru ini. Special thanks to Angah for the lovely post. Sorry coz I can't comment n give my thanks kat ur blog, dunno why I can't post my comment there. Akhirnya, aku berumur 21 tahun jugak. Tak sangka. Cepat sungguh masa berlalu. Harapan aku hanyalah untuk menjadi matang sematang usiaku ( bukan bermakna kelihatan tua, tapi mahu fikiran yang matang ). Pastinya aku mahu menjadi lebih baik seiring dengan kedewasaan ini. Moga dikabulkan, ameen...
Hari ini, tiba-tiba rasa rindu menyerbu, menyerang hati ini. Aku rindu pada sahabat-sahabatku. Rindu pada setiap kenangan yang kami lalui. Rindu pada suasana dan tika kami bersama. Paling rindu pada biah solehah yg dah lama aku tak berpeluang merasai kemanisannya. Ada di antara sahabatku yg masih beruntung kerana bisa mengecapi nikmat itu. Bila lagi akan kutemu? Aku tak pasti jawapannya. Aku sendiri yang harus mencari dan menjaganya apabila aku temui kelak. Aku dambakan kekuatan untuk terus mencari dan bertahan. Jangan aku dihanyut bersama gelombang perasaan. Sahabat-sahabatku, di mana kalian? Jangan aku dilupakan, tapi sering lah aku diingatkan..

No comments:
Post a Comment