Wednesday, January 6, 2010

Imbasan Fuiyo 2009~

Salam~
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Dah hampir seminggu lebih Fuiyo berakhir dan baru kini aku mampu mencoret serba sedikit kenangan serta output yang telah diperoleh sepanjang program tersebut berlangsung. Fuiyo merupakan sebuah program winter gathering yang diadakan saban tahun dan syukur kerana pada kali ini, ak serta teman-teman berpeluang menyertainya sekaligus bertemu kembali dalam masa 4 hari kami berkampung di Telfard.

Telfard

Aku ke Fuiyo kali ini dari Kent bertemankan Ema dan kami kemudiannya bergerak bersama-sama beberapa orang senior serta teman baru ke Manchester yg merupakan tempat berkumpul para peserta sblm dibawa menaiki bas ke Telfard. Difahamkan, tempat program terpaksa diubah di saat-saat akhir dek kerana salji yang lebat menyebabkan kesukaran untuk kenderaan masuk ke lokasi asal iaitu di Peak District. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan para ajk Fuiyo yang bertungkus lumus untuk memastikan program ini tetap dapat berlangsung seperti yang telah dirancang. Telfard bagaimanapun merupakan tempat yang agak indah dan tenang ditambah dengan tempat penginapan serta tempat aktiviti yang amat selesa, aku kira.

Seperti WOW yang pernah aku hadiri sebelum ini, Fuiyo juga menjanjikan slot2 aktiviti berbentuk Talk serta LDK. Talk2 yang disampaikan pada kali ini juga tak kurang hebatnya dan lebih menjurus kepada tema program iaitu: " What you give, you get back ". Ternyata setelah mendapat penerangan daripada para penceramah yang mantap seperti Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Ustaz Maszlee Malik serta saudara Fawwaz Aminuddin, ak mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai kepentingan 'memberi' serta tanggungajawab yang harus aku pikul sebagai remaja yang sememangnya merupakan penggerak kepada dakwah Islami. Kami dibawa meneliti satu-persatu langkah2 untuk 'memberi' yakni dalam erti kata lain menyampaikan dakwah serta kebaikan yang menjadi kewajipan bagi setiap daripada kita. Antaranya, untuk memberi, kasih sayang perlu dijadikan sebagai asas. Kemudiannya, asas kasih sayang yang telah kukuh harus disertakan dengan persediaan2 atau dalam erti kata lain, kita perlu mempunyai sesuatu untuk memberi. Perbincangan diteruskan dengan cabaran2, pengalaman serta apa yang diperoleh dalam memberi. Tidak cukup dengan itu, kami turut didedahkan mengenai sejarah2 gerakan Islam dalam skop global dan juga skop yang lebih kecil serta dekat dengan diri kita sebagai seorang mahasiswa. ternyata, banyak perkara baru yang aku telah perolehi dan aku menyedari bahawa aku harus membuka mata serta pandangan yang lebih luas kerana terlalu banyak yang aku tidak ketahui sebenarnya.


Dalam LDK pula, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan diberikan beberapa tugasan berbentuk games, perbincangan, penyelesaian masalah dan perkongsian. Di akhir setiap sesi, para fasi akan menyimpulkan samaada objektif aktiviti tercapai atau tidak dan ahli akan memberi pandangan mengenai aktiviti tersebut. Dan tak dapat dinafikan, LDK juga banyak membantu aku lebih memahami apa yang cuba diterapkan kerana setiap aktiviti yang dilakukan mempunyai pertalian yg sgt dekat dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Antara aktiviti yang kami lakukan dalam LDK adalah Ta'aruf, Pengalamanku, Blame Game, Labels, Consultant, Young Leaders serta Chef Fuiyo. Selain dapat menjalinkan ukhuwwah dengan teman-teman baru, ak juga merasa bertuah kerana memperoleh banyak input baru melalui perkongsian daripada sahabat sekumpulan serta fasi2 yang berkaliber. Ternyata satu pengalaman indah dapat berkenalan dengan mereka serta bekerjasama dalam setiap perkara meskipun baru saling mengenali.

Di samping itu, Fuiyo juga turut menyediakan slot Kuliah Subuh di setiap pagi disampaikan oleh saudara Muhaimin dan saudara Mas Afzal serta ASDA ( Apa Yang Saya Dapat ) pada setiap malam usai tamat aktiviti. Sekali lagi, banyak ilmu serta idea2 baru yang dapat diperoleh. Lagu tema juga turut memberi impak di mana lagu bagi kali ini ialah mengenai niat nyanyian Muadz bertajuk Hijrah serta lagu mengenai perjuangan saudara2 kita di Palestin dendangan Shoutul Harakah bertajuk Merah Saga. Selain itu, kami turut dipertontonkan dengan video2 yang menarik serta mengandungi banyak pengajaran di sebaliknya. Tambah menarik, kami juga mempelajari budaya2 Fuiyo yang sememangnya patut diamalkan bukan saja sepanjang program, malah ketika di luar nanti seperti salam, senyum, mencatat dan bertakbir.


Bukan sekadar itu, seronoknya Fuiyo turut disumbang oleh keenakan makanan2 yang disajikan setiap kali waktu makan. Menu2 yang dihasilkan oleh para AJK Dapur sangatlah lazat ditambah dengan nama2 yg dahsyat membuatkan kami sangat teruja setiap kali waktu makan tiba. Memang tak dapat dinafikan, Fuiyo mempunyai pakej lengkap dan menjanjikan kepuasan dalam segenap aspek buat para peserta. Cukup dari segi pengisian rohani serta jasmani. Kenyang kedua-duanya..hehe.

Jadi, konklusinya, Fuiyo kali ni sangatlah best dan aku merasa sangat bertuah kerana diberi keinginan untuk menyertainya serta dapat mengisi masa lapang dengan sesuatu yang bermanfaat. Tahniah serta jutaan terima kasih buat para AJK serta peserta2 yang menghadiri program kali ini. Salam perkenalan dan salam ukhuwwah buat teman-teman baru serta akak-akak. To my fasi, Kak Salwa n Kak Fatin Nabihah, thanks untuk segala perkongsian  dan nasihat. Tak lupa buat group members, Kak Hanis, Mutheerah, Ema, Shahamiza Faten n Ainun, best dapat kenal korang n enjoy bekerja sbg satu kump. Juga buat all my love, Mimi, Hanaa, Fiza n Aisyah kerana sudi pergi ke program bersama-sama lagi sekali after WOW hari tu..best dapat jumpe korang balik, bergelak tawa n makan bersama-sama. N last but not least, sahabat2 KISAS, Ema, Aisyah, Liyana, Mutheerah dan Madihah..ukhuwwah fillah abadan abada =)




Fuiyo memang FUIYO lah!!  N ingat, " What you Give, You Get Back."



First Impression (featuring Faizatul Ema) from Muhammad Huzaifah on Vimeo.


Ulasan Chef FUIYO 2009 (Donut) from Muhammad Huzaifah on Vimeo.


Perkongsian FUIYO 2009 (2) from Muhammad Huzaifah on Vimeo.


Fuiyo 2009 Closing Video from Muhammad Huzaifah on Vimeo.

3 comments:

  1. nadiah!!

    adekah org yg ingin ko katakan ade dlm pix diatas??
    nabihah ye?? dye tuh mmg sam10!!!

    ReplyDelete
  2. yg bercoat merahkah?
    aah, dye la yg ak maksudkan..hehe =)

    ReplyDelete
  3. ia..bertudunh hitam, bercoat merah!!! beliau adelah nabihah juhari..dye one of group aku mse kat sam10~~~~

    hehehhe

    ReplyDelete