Sunday, January 17, 2010

Tanya sama diri sendiri...

Salam~

Esok hari isnin. Owh...aku sudah mula mengeluh. Secara rasminya, term baru akan bermula. Adakah aku telah bersedia? Apakah aku telah mempergunakan winter break dengan sebaik-baiknya?

Dengan kecewa, aku merasakan aku telah membuang masa dan kurang bersedia sebenarnya. Apakan daya, masa tak bisa diundur kembali dan aku harus terus bergerak seiring dgnnya. Kalau dah tau aku masih tak berubah dan mengotakan janji-janji yang telah dibuat, apa lagi? Silalah berubah wahai diri...

Jangan asyik menanam rasa tak suka dan terpaksa, tapi ingat bahawa itu tanggungjawab kita. Itu amanah.
Belajar kena belajar! Nabi pun menggalakkan umatnya untuk sentiasa mencari ilmu dan belajar tanpa henti. Proses pembelajaran tu akan bermula sedari kecil dan tak mungkin akan pernah tamat hingga jasad kembali ke bumi nanti. Harap-harap, setiap hari aku akan belajar sesuatu yang baru. Tidak kira ilmu apa pun, asal bermanfaat dan yang penting, akan membuat aku makin mengenali akan kekhilafanku, diriku dan yang penting, makin dekat aku denga penciptaku..Ameen..

Mari bermujahadah!

No comments:

Post a Comment