Salam ~
"Belum cukupkah lagi pemberian Tuhanmu Tuan?"
Aku merenung jauh. Di hujung sana ada kekaburan, gelap tanpa cahaya.
‘Entahlah. Aku merasakan belum. Tetapi aku tahu ia bukan jawapan hakikat. Aku diajar menjawab,
'(Sudah cukup).. Aku diajar menjawab, 'Sudah cukup pemberian Tuhanku.''
“Benarkah sudah cukup?”
Soalan yg mengetuk pintu hati.
Lamunanku jauh. Fana menelan.
Aku menjawab, ‘Sudah.’
“Bagaimana perasaanmu yg sebenarnya?”
‘Aku merasakan belum cukup. Belum puas.’
“Dan apa kau merasakan perasaan mu tadi benar?”
‘Tidak’ tentu sekali ini jawapanku.
“Jadi kau merasakan pemberian ke atas mu belum cukup. Padahal kau mengerti hakikat bahawa ia sudah cukup.”
‘Benar’
“And what does that makes you?”
‘I was told that, my condition is a condition of an ungrateful servant.’
“And do you agree with that statement?”
‘Ya.’ Jawapanku mudah.
‘Apa yang tak kena pada diriku?’ peluang aku bertanya kembali.
“Kepada siapa kau bertanya? Aku hanya nalurimu. Bukankah kau yg membuat keputusan.”
‘Benar.’
Kegelapan di hujung sana.
‘Adakah aku puas dengan dunia ini hai naluri, silakan jawab.’
“Kira aku menurut jawapan dari pemikiranmu, jawapan’mu’ adalah tidak.”
‘Mengapa begitu?’
“Kerana kau lebih menyukai tidur dari terjaga.”
‘Adakah aku belum terjaga? Maksudku, apakah aku tidur? Bukankah aku terjaga?’
“Ya, dahulu. Dahulu kau terjaga pernah. Baru-baru ini kau mengantuk dan kau buat-buat tidur.”
‘Aku buat-buat tidur?’
“Ya, kau buat-buat tidur.”
‘Mengapa aku buat-buat tidur?’
“Kerna kau sudah terjaga.”
‘Apakah aku tidak bisa kembali tidur?’
“Kira-kira engkau tidur, engkau akan tetap mengingati jagamu. Dan aku, nalurimu, tak lepas dari perasaan bersalah kepada Tuhan kita.”
‘Aduhai naluri.’
“Wahai tuan.”
‘Apa erti hidup?’
“Tuan pingin aku mengulang kembali tuan?”
‘Perdengarkan aku kembali naluriku. Aku lupa. Aku lupa.’
“Hidupmu tuan adalah tidak mati.”
‘Dan apakah caranya aku ‘tidak mati’. ’
“Melalui agamamu Tuan.”
Di saat ini mataku dipenuhi air jernih.
‘Perdengarkan aku perihal agamaku naluri.’
“Baik. Agama itu adalah cara engkau tidak mati Tuan. Atau cara hidupmu Tuan. Dan agamamu itu Islam Tuan, seperti yang mereka katakan.”
‘Benar. Benar. Islam.’
“Islam itu ‘jaga’ tuan.”
‘Duhai naluri, mengapa ‘jaga’ itu terasa pahit sekali.’
“Maksud Tuan Islam Tuan?”
‘Ya.’
“Kerana Tuan berjual beli Tuan. Dan kau harus mengerti kau tidak tercipta sendiri tuan. Kau punya Tuhan Tuan. Dia yang menciptamu. Dan dialah yang menurunkan Islam kepadamu Tuan. Dan kerana ianya jual beli, ia pahit tuan. Tuhanmu menciptamu, namun Dia pula berjual beli kepadamu Tuan. Padahal modal mu sifar. Percuma aja modal mu Tuan. Semuanya Tuhanmu kurniakan.”
‘Jadi Tuhanku berurus niaga denganku, tapi Dia yang kurnia aku modalnya?’
“Ya Tuan.”
Aku merenung kembali. Saat ini diriku masih di dalam khayalan. Namun hakikat menarikku perlahan. Benar, hakikat menarikku perlahan. Perlahan dan perlahan seolah-olah ianya tali yang menjulur untuk menggapai. Menggapai aku.
Aku bungkam seribu.
Hatiku pedih ngilu.
Fana menelanku. Kini tali menarikku.Lalu fana memuntahkanku.
Apa makna air mata ini? Antara dua erti, bersyukur atau derhaka.
Aku pingin memilih syukur, namun aku tidak pasti benarkah aku telah memilih syukur. Kerna dalam syukurku ada takut, ada bimbang. Dan aku bimbang dalam ‘syukurku’ ada penyesalan.
“Belum cukup lagikah pemberian Tuhanmu Tuan?”
Jawapannya aku simpan tak terluahkan. Sudah lah naluri. Persoalan selesai di sini. Angan menjauh. Fana sesekali menjengah. Tapi aku tahu aku akan tetap jaga. Tetap jaga. Walau tidur itu ‘dirasakan’ lebih enak.
Glosari :
*jaga di sini bermaksud, telah mendapat 'penglihatan hidayah' yg Allah kurniakan, dan nampak dunia dan kejelekannya, serta telah mengetahui hakikat melalui ilmu.
*tidur di sini bermaksud masih jahil dan belum nampak dunia yg sebenar.
*buat-buat tidur bermakna, melalaikan diri dan melupakan diri tentang agama, dan sengaja memilih lagho.
P/s: Artikel diambil drpd fb seorang sahabat. Aku merasakan persoalan-persoalan ini jugak selalu bermain di benakku. Dan jikalau naluriku bisa berbicara, pasti seperti inilah jawapannya. Wahai diriku, fikirkan persoalan nalurimu.." Belum cukup lagikah pemberian Tuhanmu? "
No comments:
Post a Comment