Sunday, May 2, 2010

Motivasi

Salam ~

Tadi aku mencari-cari mengenai lagu motivasi. Ingatkan nak tukar playlist kat bawah tu dgn lagu-lagu motivasi, hehe..
Tapi tak tertukar lagi. Still tercari-cari. Any cadangan?
Dalam pada tu, masa dok cari-cari lagu dalam youtube, aku ternampak la gambar sorg sahabat yang aku kenali. And surprisingly, aku dapat tau yang beliau merupakan pelajar terbaik SPM no. 1 batch aku dulu which is masa taun 2006.( Ok, aku tau aku agak ketinggalan coz baru tau -.-" )
Tapi nak cakapnye kat sini, aku sangatlah kagum ngan cara pembelajaran beliau masa nak SPM dulu. Dan aku tau, sekarang pun beliau masih begitu, rajin..

Bukan setakat akademik, lebih mengagumkan ialah beliau turut hebat dalam hafalan Al-Quran. Masa interview tu beliau dah hafal 13 juzuk, masyaAllah. Harinya bermula seawal 5 pagi dimulai dengan solat-solat sunat dan bacaan Al-Quran. Cukup indah. Entah bila kita mampu jadi sebegitu. Anyway, aku teringat yang apabila kita hidup bermotivasikan Allah dan kalamNya, kita akan mendapat kekuatan yang hebat untuk berjuang dalam kehidupan. Berjuang dalam skop kita sekarang ialah belajar dan menuntut ilmu. Orang yang dekat dan taat kepada Allah pasti diberi jalan keluar olehNya. Satu ayat yang paling aku ingat, dipetik daripada sebuah artikel ialah :  Pertolongan Allah sangat dekat, lebih dekat daripada kilat yang menyambar. Bagi orang yang tidak mengenal Allah, dia akan pesimis kerana dia hanya mengukur kemampuan diri sendiri.

Jadi, mari kita muhasabah. Exam ni adalah salah satu cara untuk kita dekatkan diri dengan Allah sebenarnya. Sebanyak manakah pergantungan kita kepadaNya? Wallahua'lam. Moga Allah beri kekuatan untuk diri ini juga. Kat bawah ni aku inginlah berkongsi video sahabat tersebut iaitu Siti Fatimah Mukhtar. Moga ini dapat memberi motivasi buat kita.






P/s: Owh ya, Fatimah kini merupakan pelajar medic di University of Nottingham. Hari tu beliau datang mengendalikan usrah di Kent. Moga ketemu lagi sahabat.  :)

2 comments:

  1. nadiah,dgn ini aku melantik diri jadi PA kak ti..

    nak tau ape2 tnye la aku..sampai kan cmne gilernya beliau, daku tahu..

    tp part hafal quran tu, aku xsangkal sikit pon...
    belaiau classmate daku 2taun...byk dpt dr dye..

    tp hidup ini x indah tnpa sesuatu yg giler2 kan??

    masih ingat post aku pasal aku tahan ktm sbb seorg kawan?? beliau la org itu...

    nnt kem salam kat dye ek!!!(kalu jumpa) hehhehe

    ReplyDelete
  2. Hehe, boleh lah aku korek dr ko nnti ek..

    Dunia ni mmg kecik kan? InsyaAllah, if aku jmpe die lagi akan aku sampaikan salammu itu..

    Weyh, rindu! Jawab exam leklok deyh..sama2 doa dapat kejayaan insyaAllah..ameen

    ReplyDelete