Tuesday, May 11, 2010

Kelegaan~

Salam ~

Ada kelegaan dalam hati. Sebulan tak menjejakkan kaki ke laman uni, buat aku agak malas sebenarnya nak mulakan pendakian ke sana. Mujur still ade baki-baki semangat kesukanan. Term sepatutnya dah bermula sejak semalam. Memberi jalan kepada musim exam, kebanyakan kelas dah takde. Cuma ada kelas revision je.

Kerana kelas revision tu lah aku gagahkan diri bangun awal pagi. By this tyme, aku harus sedar..bukak mata luas-luas. Mungkin kini berpegang kepada motto work hard, play hard and pray hard. Namun saat-saat genting harus dilebihkan kepada work. Betul tak? Heh :P

Oh ye, hari ni aku langsaikan sume perkara yang berkecamuk kat pale otak ni. Mula-mula ke kelas selama 2 jam. Alhamdulillah, mujur aku datang. Dapat input berguna untuk diguna pakai masa exam. Rasa cerah sket otak nih. Tips-tips tu penting. Kalau baca banyak tapi masa exam takde strategi, tak guna. Makan habuk la jawabnya. Selesai kelas aku bergegas ke Business School. Nak settle pasal surat tangguh result exam. Tak ter settle. Kena gerak ke Marlowe Building sebab dorg je yg boleh produce the letter.

Ok, done with surat. Esok boleh amik and hantar kat JPA. Then, patah balik pegi library. Jangan salah paham. Bukan nak pegi belajar, hehe. Ramai giler org kat sana k! Dah tak aman, so baik study kat bilik je. Tujuan g library, nak print past year papers untuk computing and Quantitative Method. Yang lain dah settle. Dua ni je tak sempat coz dakwat printer dah abes. Ok, selesai lagi kerja. Lega ~

Balik umah. Suke tengok pemandangan kat bawah. Cantik sangat. Tenang dan damai. Ahh, rugi tak bawak kamera. Nak capture keindahan tu, walaupun yang realiti tu lagi cantik tak terbandingkan. Sampai umah, buat laundry n masak nasik goreng sardin. Owh, hari ni aku masak nasik goreng terlazat sejak dok cni, bangga :p

Alhamdulillah, hati rasa sangat senang. Moga Allah permudahkan hari esok dan seterusnya. Ameen.


P/s: Saje-saje bercerita hal biasa sebab rasa macam dah tak biasa kalau tak tulis ape-ape. Memang addicting rupenye :P

2 comments:

  1. Memang best bile benda2 "remeh" camni satu-satu settle. Kalau ade kat list lagi best, boleh scratch off one by one. Rasa sgt accomplished padahal bendanye takde benda pon. (eg. pegi bank or call plumber etc.) :P Tapi nak sedapkan hati la kan.

    *Amiin jugak*

    ReplyDelete
  2. Betul, betul, betul..hehe :)

    ReplyDelete