Salam ~
Kalau tahun ni negara kita merdeka buat kali yang ke 53 tahun, umur beliau tahun ni lebih muda setahun iaitu genap 52 tahun. Tiada lain yang aku doakan buat insan yang kusayangi ini melainkan ingin melihat beliau dikurniakan kesihatan yang baik, beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat serta dimurahkan rezeki. Telah banyak pengorbanan yang beliau lakukan demi memastikan bukan sahaja anak-anak membesar dengan keperluan yang cukup, malah beliaulah yang berusaha memelihara serta membahagiakan keluarga kami. Sungguh, aku sangat merindui senyum, tawa dan jenakanya.
Buat insan istimewa yang kugelar ayah, Along ucapkan:
SELAMAT HARI LAHIR
Moga dirahmati Allah selalu :)
Love you ayah!
Hensemnyer pak cik Mustapha.Tak nampak macam dah 53 tahun.
ReplyDeletehehe..thanks ten!
ReplyDeleteAnak je yg tak hensem :P