Salam ~
Keluar ke pekan bersama mak dan adik-adik. Cadangnya nak ke pasar malam, membeli makanan untuk makan malam. Harapan tinggal harapan. Kami tak jadi ke pasar malam hanya kerana rasa muak dengan sikap sesetengah orang yang mementingkan diri. Bukan mengalah. Cuma tak mahu kesabaran yang kian menipis terus memudar.
Haih, kadangkala aku bukan mahu membandingkan kebaikan dan keburukan sikap masyarakat kita dengan masyarakat luar. Tapi itu kenyataan yg harus diakui dan ditelan. Masyarakat aku rupanya masih sama sikapnya, mudah hilang sabar, suka bersifat kurang ajar dan kurang rasa hormatkan orang lain. Mungkin aku jugak kadangkala bersikap demikian, tanpa sedar. Tapi, sekurang-kurangnya, fikir dulu sebelum bertindak.
Dua kejadian yang buat aku mengeluh sendiri. Pertama, semasa hendak singgah di pasar malam tadi, ada seorang pemandu perempuan secara tiba-tiba masuk ke tempat parking yang sepatutnya menjadi milik mak yang dah menunggu lama dan memberi signal unt masuk ke situ. Takkan la dia tak nampak. Boleh buat-buat tak tau pulak. Memang sukar mencari parking di kawasan tu, tambahan pulak bila kena hari yang ada pasar malam. Akhirnya, kami hanya mampu berputih mata. Mengalah mencari tempat lain untuk makan malam. Kedua, bunyi hon bertalu-talu di atas jalan tanda ada insan-insan yang tak sabar. Aku mula hendak membanding. Kalau di UK sana, bunyi hon mmg jarang skali kedengaran. Pemandunya berhemah dan boleh dikatakan agak sabar di atas jalan raya. Sebab tu kadar kemalangan sangat rendah. Bukan macam di sini, kalau terlambat atau tersalah sedikit, pasti bunyi hon yang akan dihadiahkan. Kadang-kadang tak buat salah apa-apa pun tak pasal-pasal kena hon jugak. Bingit suasana jadinya. Belum lagi tengok perangai segelintir pemandu yang tak hiraukan org lain bila kat atas jalan tu. Buat macam jalan tu mak bapak dia yang punya. Macam mak dan ayah kata, kadang-kadang kita ni dah habis hati-hati dah, tapi kalau dah org lain bawak tak hengat dunia, kite jugak yang nahas. Memang kena extra alert kalau nak memandu sekarang ni.
Aduhai masyarakatku..Mengaku sudah maju dan bersopan santun sebagai adat budaya. Namun realitinya?
Realitinye orang Malaysia, termasuklah Melayu Muslim, especially kalau antara strangers, rata2 perangai sangat buruk. Tak pernah nak bersabar or baik sangka or buat benda baik secara ikhlas. Pelik sebenarnya. Tapi dah jadi benda biase, to the point yg kalau kite buat benda baik mesti orang pandang slack. Tak paham tul.
ReplyDeleteYup, setuju! Susah nak ubah bila benda dah jadi kebiasaan. Melihat dgn mata kasar dan bukan mata hati, itu la yang jadi. Haih, macam-macam...
ReplyDelete