Wednesday, January 5, 2011

2011

Salam wbt,

Post pertama aku di tahun baru 2011. Terasa makin jauh dengan blog kesayangan ini lantaran ada beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan.

Yang pasti, tahun baru perlu diisi dengan sesuatu yang baru ataupun cuba memperbaiki kelemahan masa lalu untuk menjadi yang lebih baik. Aku perlu jadi lebih dewasa, lebih matang dan lebih bertanggungjawab setelah melalui beberapa frasa kehidupan seiring dengan peningkatan umur kepada setahun lebih tua.

Banyak yang ingin dikongsi atas rasa indah dan dalamnya makna "Erti hidup pada memberi". Aku berharap akan dikurniakan kesempatan untuk terus memperbaiki diri dan menambahkan ilmu serta dapat bersama-sama sahabat-sahabat melakukan sesuatu untuk diri, masyarakat sekeliling dan ummah. Permudahkan jalan kami ya Allah..ameen.

Jom dengar lagu ni! Charge semangat sempena tahun baru 2011 :)

No comments:

Post a Comment