Thursday, January 6, 2011

PRC UK-Eire

Salam,

Baru-baru ini, aku berkesempatan menghadiri majlis pelancaran Pas Representative Council of UK&Eire di Manchester. Majlis telah disempurnakan dengan kehadiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dengan diiringi oleh beberapa pimpinan yang lain.

Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai PRC UK-Eire:

Majlis Perwakilan PAS (PAS Representative Council – PRC) adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Parti Islam SeMalaysia PAS bagi membantu menjalankan urusan-urusan yang berkaitan dengan parti di UK dan Republik Ireland, termasuk benua Eropah. Majlis ini dianggotai oleh beberapa individu rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di UK & RI, dimana keanggotaan ini adalah berdasarkan lantikan yang dibuat melalui Pejabat Presiden PAS Pusat. Selain menjadi perantara di antara PAS dengan organisasi-organisasi politik, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan-pertubuhan Islam serta kebajikan, majlis ini juga berperanan untuk menjadi medium penghubung dua hala diantara Parti dan masyarakat Malaysia di sini.

Facebook Group:


Rakaman ucaptama sempena Majlis Pelancaran PRC oleh yang berbahagia Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:











Perkongsian pandangan mengenai PRC dan PAS oleh seorang sahabat, ukhti Syafiqah Sulaiman di blog nya:

http://myfikrah89sbs.wordpress.com/2011/01/05/mari-membersihkan-debu-di-atas-almari/

Bukanlah tujuan aku hendak memperkatakan tentang politik, tetapi aku ingin mengajak semua agar mahu membuka mata dan pintu hati untuk mengambil tahu kebenaran mengenai PAS khususnya daripada sekadar mendengar cakap-cakap orang mengenai keburukan parti Islam ini. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment