Salam wbt.
Dua minggu sudah new term dibuka. Cepat sungguh masa berlalu hingga tak terasa Januari sudah menghampiri penghujungnya. Allahu Allah..betapa tanda gambaran kiamat itu semakin hampir dan telah jelas ditunjukkan oleh Nya.
Rasa ingin menulis juga kian pudar lantaran terasa banyaknya kerja yang perlu diselesaikan. Kerja-kerja seminar yang perlu diselesaikan hampir setiap hari, test yang menanti saban minggu kadang membuat aku kerap mengeluh dan give up. Tak kurang membuat aku rasa rindu teramat kpd keluarga dan hidup di Malaysia. Haih..bukanlah busy benar mengalahkan menteri, tapi kadangkala fikiran terlalu negatif dalam menghadapi cabaran hidup sbg seorang pelajar. Lumrah la tu assignment, test bla bla bla tyme-tyme belajar gini kan? ( Kerja nanti lagi susah Cik Nadiah oii..) Jadi maafkan aku. Mungkin selepas ni aku bakal menyepikan diri daripada blog ini. Mungkin akan menulis dalam 2 minggu sekali atau bila-bila mood nak menulis kembali.
Oh ya. Tinggalkan cetusan rasa yang mengarut-ngarut tu. Adakah kita semua aware tentang isu-isu terkini around us sekarang? Yang paling hangat tentu sekali berkenaan kebangkitan suara-suara rakyat di beberapa buah negara Islam yang tidak berpuas hati dengan tampuk pemerintahan di negara masing-masing. Antaranya di Mesir, Tunisia, Yaman dan Jordan. Baru berlaku dalam minggu ni jugak kalau tak silap. Bermula dengan Mesir yang mahukan Hosni Mubarak meletakkkan jawatan setelah 30 tahun memerintah dengan pelbagai korupsi dalam kerajaannya, tempat-tempat lain turut mengambil langkah sama. Apakah petanda semua ini?
Dalam pada gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat yang mahukan kebenaran tertegak, kerisauan turut timbul apabila melihatkan keadaan yang semakin meruncing terutamanya di Mesir. Risaukan keselamatan sahabat-sahabat Malaysia yang belajar di sana sebenarnya. Masakan tidak, kerajaan Mesir bertindak menutup kesemua cara perhubungan yang membolehkan mereka-mereka yang berada di Mesir mahupun di luar Mesir daripada saling berkomunikasi. Internet ditutup,begitu juga talian telefon. Kesian melihatkan ibu bapa dan kaum keluarga pelajar-pelajar di Mesir yang risau kerana terputus hubungan.
Jadinya, dalam pada dok risaukan assignment dan kerja-kerja kita, jangan lupa doakan keselamatan sahabat-sahabat kita yang berada di sana juga. Moga Allah permudahkan urusan mereka. Ambil tahu mengenai keadaan semasa, jangan kita asyik terleka dengan keadaan diri sendiri dan sekitar kita sahaja. Mungkin boleh layari laman web INI dan INI untuk mendapatkan maklumat terkini dan berita lanjut tentang keadaan di Mesir serta keadaan sahabat-sahabat kita di sana. Let's make du'aa people!
No comments:
Post a Comment