Salam wbt.
Finally, at last, in conclusion (eh? :P)..berakhir sudah sebuah penantian buat kita semua. Alhamdulillah..
So, secara rasminya, maka PM kita telahpun membubarkan Parlimen pada tarikh keramat sempena genap 4 tahun pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri. Haihh, nak jugak tu..penat kot rakyat menunggu dan berteka-teki.
![]() |
| YAB Datuk Seri Najib mengumumkan pembubaran Parlimen. |
Apapun, dah terjawab tarikh pembubaran Parlimen, so now, we are waiting for tarikh rasmi untuk membuat pilihan pulak. Tarikh yang bakal menentukan bakal pemegang tampuk pemerintahan negara, tarikh PRU-13.
![]() |
| Jeng3, bila agaknya ye? |
Kalau ikut peruntukan undang-undang, pilihanraya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Mintak-mintak tak lambat sangat sebab dah banyak benda yang tertangguh dan ditangguhkan dan memberi kesan secara langsung atau tak langsung ke atas rakyat. Malas nak mention ape benda tu sebab nanti panjang cerita..haha
Tak sabar gak nak tunggu pilihanraya sebab ni first time aku dapat mengundi. Baru layak la katakan..hehe. Nak jadik penyumbang dalam menentukan masa depan negara dan jugak masa depan kita sebagai rakyat Malaysia.
Last but not least, let's pray for the best untuk tanah air tercinta dan moga kita jadi pengundi yang bijak untuk kemaslahatan bersama..


No comments:
Post a Comment