Hari nie, aku nak berkongsi sket pasal buku yanga ku baru beli n baru abes baca ni. Tajuknya, 'Quranic Law of Attraction'. Aku tertarik nak beli buku ni coz aku pernah gak jumpa byk buku pasal Law of Attraction yang sumanya ditulis oleh penulis Barat. Contohnya, Rhonda Byrne ( penulis buku The Secret ), Michael J.Losier ( Law of Attraction ) dan Esther&Jerry Hicks ( Law of Attraction : The Basics of Teaching of Abraham ). This book is the only one yang aku jumpa ditulis oleh penulis dari Timur yang beragama Islam dan yang menariknya, beliau mengaitkan hukum ni dengan kitab suci Al-Quran. Jom kita selami serba sedikit tentang penulisan dan pandangan penulis Rusdin S. Rauf mengenai hukum ini.
Law of Attraction atau Hukum Tarikan ini boleh didefinisikan sebagai segala perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran sama ada positif ataupun negatif, akan datang dalam kehidupan kita. Misalnya, apabila kita selalu memikirkan perkara yang kita suka, kehidupan kita akan dipenuhi perkara-perkara tersebut dan begitu juga sebaliknya.
Menurut penulis, sebenarnya terdapat banyak penjelasan dan bukti Hukum Tarikan yang jauh lebih baik dalam Al-Quran yang boleh dipraktikkan.Ini kerana Hukum Tarikan yang terdapat dalam Al-Quran dapat membimbing kita menuju kejayaan dan kebahagiaan hidup yang kekal abadi. Quran itu sebagaimana yang kita semua sedia maklum merupakan kalam Allah yakni kata-kata Allah yang dibisikkan secara langsung kepada manusia. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis tenaga yang disalurkan kepada manusia dan tenaga-tenaga ini tidak dapat dimusnahkan sebaliknya akan berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Tenaga dalam Al-Quran akan berubah daripada tenaga abstrak kepada tenaga konkrit.Tenaga abstrak dalam Quran adalah dalam bentuk kata-kata nasihat dan kebaikan dan sekiranya para pembaca ingin merubah tenaga ini kepada tenaga ynag konkrit, yakni berlaku dalam kehidupan mereka, mereka perlu mengamalkan apa yang disampaikan oleh Al-Quran. Dalam proses perubahan tenaga inilah berjalannya Hukum Tarikan.
Dalam buku ini, penulis hanya menekankan 3 jenis tenaga Al-Quran yang mempunyai hubungan rapat dengan kehidupan kita iaitu tenaga doa, tenaga syukur dan tenaga sabar. Bagi memperoleh hasil terbaik dalam hidup, ketiga-tiga komponen tenaga ini perlu berjalan seiring. Inilah yang sering kita semua lupa dan abaikan. Kita selalu berdoa tanpa rasa syukur. Kita bersyukur tanpa kesabaran. Apabila diberi nikmat, kita mestilah bersyukur. Apabila Tuhan menguji kita dengan kesengsaraan, kita mestilah bersabar. Terdapat beberapa cara yang diutarakan penulis bagi memastikan ketiga-tiga komponen ini menghasilkan kebahagiaan dalam hidup:
- Ketahuilah apa sebenarnya yag kita inginkan.
- Terus berdoa walaupun doa kita masih belum dikabulkan kerana Tuhan tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya dan Dia pasti menyambutnya.
- Tanamkan kuta-kuat tujuan doa tersebut.
- Wujudkan rasa syukur dalam hati.
- Gunakan tenaga sabar untuk bangun dari kegagalan
- Solat dengan syukur dan sabar.
Selain itu, penulis turut membahaskan tentang tindak balas Al-Quran terhadap kita.Cara Al-Quran bertindak balas dengan kita ialah dengan menjawab segala keinginan-keinginan kita dan memberi penyelesaian dalam menangani masalah kehidupan. Untuk memastikan Al-Quran bertindak balas dengan kita, penulis mencadangkan tips-tips berikut:
- Buka Quran secara rambang. Sebaik-baiknya, berdoalah terlebih dahulu dan luruskan niat serta berharap Tuhan akan memberi petunjuk dengan penuh yakin.
- Lihat mukasurat yang dibuka dan bacalah dengan suara yang merdu berulang-ulang kali serta nikmatilah bacaan anda sehingga berasa tenang. Carilah juga makna ayat-ayat tersebut dan fahamkan.
- Renung sedalamnya ayat yang dibaca dan rasaakn yang kita sedang berdialog dengan Quran.InsyaAllah , kita pasti kan menemui jalan keluar yang diharapkan.
Aku sendiri pernah merasakan tindak balas Al-Quran bilamana ketika itu aku berasa sangat sedih dan takut andai apa yang telah aku usahakan tidak akan memberi hasil yang diharapkan. Allah itu Maha Besar dan pada ketika aku membaca Al-Quran, tepat-tepat ayat yang aku baca tu menjawab segala kegelisahan aku. Masa tu, zuppp!! menyelinap ayat tersebut masuk ke dalam hati dan Subhanallah..rasa tenang sangat lepas tu.
Baiklah, berbalik kepada buku tadi. Sebagaimana Quran bertindak balas dengan kita, begitu jugalah kita harus bertindak balas dengan Al-Quran. Dengan kata lain, setelah Al-Quran memberi jawapan kepada permasalahan kita, kita harus mengamalkan signal yang telah diberi tadi. Mari kita tanya pada diri kita beberapa soalan:
- Pernahkah anda menitiskan air mata ketika menyelami ayat-ayat Al-Quran?
- Pernahkan anda bersa bahagia apabila tamat membaca 30 juz Al-Quran?
- Ataupun pernahkah anda berasa gelisah apabila tidak membaca Al-Quran?
Jika anda menjawab 'ya' bagi soalan-soalan tersebut, Alhamdulillah, anda telah bertindakbalas dengan Al-Quran. Oleh itu, bacalah Al-Quran even 1 minit je. Bila rasa kurang bersemangat, tenangkan fikiran dengan membaca Al-Quran, fahami kata-kata Quran dan gunakan doa yang terdapat dlam Quran sebagai amalan harian. Setelah mengetahui cara-cara bertindak balas kepada Hukum Tarikan yang terdapat dalam Al-Quran, kita mestilah mempraktikkannya dalam kehidupan. Ingat!!! Jangan hanya sekadar tahu, tetapi kita mestilah mahu. Semoga suma pembaca dan diri aku sendiri dapat memanfaatkan segala ilmu yang kita perolehi. Wallahua'lam.
* Rusdin S. rauf merupakan seorang penulis dan beliau sering memberi latihan penulisan serta latihan motivasi kepada pelbagai golongan. Berasal dari Luwuk, Indonesia dan berkelulusan dalam bidang Geologi dari Universiti Hasannuddin, Makasar serta Sekolah Tinggi Ilmu Statistik.
Sebarang info, boleh lawati laman web beliau di http://rusdin.wordpress.com

No comments:
Post a Comment