Aku gemar membaca blog dan terbaru aku sering mengikuti blog seorang penggiat teater yang juga merupakan pelakon yang sedang meningkat naik namanya iaitu Zahiril Adzim. Aku tertarik dengan kata-kata yang dicoret di ruang profilnya yang berbunyi,
" manusia adalah haiwan sosial "
Agak ganas dan sinis bunyinya bukan? Maybe sebab dia guna perkataan haiwan kot..
Semalam, aku terpanggil untuk membelek buku-buku lama ayah yang ada kat rak buku bilik aku n guess what? Aku terjumpa pasal kata-kata tu...kat sini aku nak share sket ngan korang suma..
Para ahli antropologi filsafat ( keje ape daa nie... ) berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah makhluk individu, sosial dan susila.
Dari pandangan tersebut kita memperolehi suatu pengertian sebagai berikut:
- Manusia adalah makhluk individu, yang bererti bahawa manusia mampu bertanggungjawab secara diri peribadi.
- Manusia adalah sebagai makhluk sosial ( atau haiwan sosial kata ZA ), bererti bahawa manusia itu mampu berkomunikasi atau bergaul dengan manusia lainnya.
- Manusia adalah makhluk susila, bererti manusia itu harus mampu menangkap nilai atau pengertian kesusilaan dan mampu bertindak atas dasar itu.
Owh, baru aku paham maksud dye..cuma perkataan 'haiwan sosial' tu bagi aku agak scary sket untuk di refer kpd manusia..huhu
No comments:
Post a Comment