Hari ini aku kagum dengan dua perkara:
- Kagum dengan adik-adik kecil yang mempersembahkan choral speaking yang sangat hebat bertajuk ' Embracing The Role of Khalifah'. Adik-adik ini yang usianya dalam lingkungan 9-12 tahun merupakan pelajar dari Khalifah Model School. Cukup tersentuh dengan persembahan ini kerana kanak-kanak ini sedari kecil telah diterapkan dengan nilai-nilai yang baik bagi memahami konsep manusia itu sendiri yang merupakan khalifah di muka bumi Allah ini. Mereka sungguh beruntung dan semoga usaha murni ini akan berterusan. InsyaAllah.
- Kagum dengan seni khat khufi yang giat diusahakan oleh seorang arkitek. Merupakan seni khat tertua dan sudah ramai di antara kita yang tidak tahu membaca apatah lagi menulis menggunakan tulisan ini. Tambah menarik, arkitek ini turut mengajak anak-anak beliau mendalami seni ini dengan mereka bentuk khat ini dan mengajak mereka menyusun jubin menjadi khat ini. Semoga usaha murni ini juga akan berterusan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat akan indahnya seni Islam itu sendiri. Info lanjut layari www.ahatect.com.my
No comments:
Post a Comment