Sunday, July 19, 2009

xpdc reunion batch 51 kisas

sebahagian sahabat yg hadir bersama banner program
kek yg dibuat khas ntuk reunion


Salam~
Alhamdulillah,semalam aku berkesempatan pegi reunion batch aku mase kat kisas dulu kat Gua Tempurung. Mule2 tu rasa malas gak nak pegi, almaklumlah kalau dah berkurung kat rumah hampir sebulan, rasa malas tu dah jadik sebati dalam diri. Tapi, bila memikirkan sahabat-sahabat yg sudah lama tak berjumpa, hati meronta-ronta menyuruh aku pergi n memang tak rugi sebab kami dapat menjalinkan kembali ukhuwah kami setelah hampir dua tahun tak bertemu kerana masing-masing membawa haluan sendiri bila dah abis sekolah.

Aku turun dari Kedah masa petang Jumaat memandangkan kalau turun pada pagi sabtu mgkin tak sempat nak sampai ke perak pada masa yang ditetapkan. Jumaat malamnya aku tumpang tidur rumah Aisyah kat Ipoh. Esoknya, iaitu pada hari sabtu aku dah plan untuk tggu Dila yg turun dr Penang n then pegi skali ngan Nani yg turun dgn 2 orang kawannya dari Kuala Kangsar. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan sebab kawan Nani drive keta sendiri, so, aku ngan Dila tumpanglah diorang ke Gua Tempurung.

Sampai kat sana, sahabat2 yg turun dari KL dah pun sampai. Kami pun bersalaman dan berpelukan serta bertukar khabar setelah lama tak jumpa. Bila suma dah sampai, ajk yg terlibat beli tiket n kami pun memulakan reunion kami dgn berkembara dlm gua terlebih dahulu. Mule2 cam pelik gak nape nak wat reunion kat gua, tapi best gak sbb bkn je dpt jumpe kawan lama, malah dapat sihatkan tubuh badan sekaligus. Memang tak pernah sampai kat cni, makanya agak teruja gak lah bile dapat meneroka keindahan alam ciptaan Tuhan, Subhanallah..( dulu pernah masuk Gua Kelam kat Perlis tapi tak adventure camni )

Xpdc kami dalam gua tu bermula dgn menaiki beratus-ratus anak tangga yang mendaki ke atas. Penat giler! Baru bape anak tgga aku dah rasa semput sbb dah lama tak wat aktiviti luar. Skru2 kat lutut nie dah berkarat dah. Dgn semangat juang yg tinggi, aku terus mendaki.. huahua :P Dlm tu agak gelap even ader spotlight yg besar kat dinding2 gua tu. Sebab tu kami kena bawak torchlight sebagai penerang ke jalan yg benar..Bila ader checkpoint, kami akan berenti jap n pak cik yg guide kami akan bagi la penerangan serba sikit pasal gua tu. Die pon ader gak tunjuk bentuk2 yg ader kat dinding gua tu yg terhasil melalui proses hakisan n etc ( la yg kite blajar dlm geografi dulu.. ). Antara bentuk2 yg ader ialah bentuk gajah, perempuan mengandung, obor-obor, monyet bawak keta n macam-macam lagi. Selain tu, ader gak lukisan2 dan tulisan2 kat dinding gua tu. Menurut pakcik tu, lukisan ngan tulisan tu dihasilkan oleh komunis2 suatu mase dulu sebagai pelan ntuk menentang askar British. Mase tu, aku terbayang yang diorang ni mmg hebat sbb bleh panjat gua tu sedangkan mase tu mana ader tangga cam yang kami gunakan skang nih. Hu, mmg dahsyat!

Kami pun terus panjat sampai la ke puncak gua tu. Bile dah sampai puncak, mesti la kena turun kan? Tyme trn nie la yg adventure skali. Mule2 kena trn tgga yg agak curam. Sampai kat satu part nih, kena menggelongsor turun ke bawah ala2 naik papan lungsur tu..part nih, bdk2 pompuan mmg kebanyakannya kalah la..mana taknye, pakat takut nak turun. Aku cuba wat badak jer spya aku tak takut sgt ( p/s: nasib baek tak jadik cam badak ). Alhamdulillah, akhirnye, suma dapat lepas gak setelah agak lama dok kat situ, huhu..Tak abes ngan menggelongsor, pastu kena plak turun lubang yg agak2 muat la badan nak masuk. Tapi, yg ni tak la dahsyat sgt cam tadi. Lepas tu, kami teruskan perjalanan yg kemudiannya dah masuk fasa lalu kat sungai. Kami terpaksa jugak pada mase yg sama menunduk dan membongkok sbb bumbung gua semakin rendah. Tapi, tu lah..ader jgk yg terhantuk kat stalaktit n stalagmit yg ader dlm pada berhati2 tu.

Badan mmg lenguh-lenguh la sebab terlalu lama membongkok. Tak lama lepas tu, kami pun ternampak lah sinaran cahaya yg dicari. Kami dah berjaya! Akhirnya, suma selamat sampai kat pintu gua di mana tempat kami mule2 masuk tadi. Suma pun dah basah kuyup n pegi lah salin2 baju dan solat. Selesai semuanya, diorang rancang nak pegi picnic kat Lata Kinjang tapi sayang sebab aku n ader beberapa lagi sahabat tak dapat ikut atas masalah2 tertentu. Rasa ralat gak sebab kami tak dapat bertanya khabar dan berborak lebih lama tapi, takpelah..at least masing2 dah dapat bersua muka. Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, kami pun bertolak menuju arah masing-masing. Aku cuma berharap yang kami dpt bertemu lagi dan semoga ukhuwah yang telah terbina ini kan terus berkekalan buat selama-lamanya, insyaAllah...

Kepada semua sahabat, terima kasih kerana hadir dan buat ajk khasnya, terima kasih sebab telah berusaha dan bersusah payah anjurkan reunion ni. Korang memang best, siap ader banner nagn kek yg sodap lagi! Semoga kita semua akan berjaya dalam bidang masing2 dan hidup mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Ameen.

Ukhuwah fillah abadan abada

No comments:

Post a Comment