Salam~
Kenapa perlu mengeluh dan rasa resah kalau diri sendiri tak cuba untuk mencari penawarnya? Sedang Allah telah beri panduan secara nyata dan terang. Cuma kita yang tidak mencari dan memanfaaatkan. Jauh sekali mengamalkan. Semuanya indah dan terbentang luas. Lihat, baca, fikir dan hayati. Kesemuanya adalah bukti dari Dia Yang Maha Esa untuk kita renungkan. Sungguh, bukanlah bernama manusia jika tiada perasaan sedih, lemah dan lelah dengan ujian serta dugaan. Namun, sebagai hamba kita harus redha dan sabar. Koreksi diri selalu. Cermin kembali setiap perbuatan yang kita dah lakukan. Yakin bahawa semua ujian yang diberikan punya hikmah yang tak ternilaikan. Ingat bahawa semuanya diberi oleh Allah atas sebab kemampuan kita dalam menghadapinya. Usah biar diri lemah dan rebah. Hargai juga pertolongan serta semangat yang diberi oleh para akhawat. Jalan hidup penuh liku, namun masih ada yang sanggup meredah bersama-sama. Menemani atas dasar cinta padaNya. Sesungguhnya kita cukup bertuah. Punya ramai yang meghargai dan menyayangi. Dan kasih sayang yang bersandarkan cinta padaNya takkan pernah calar, apatah lagi padam. Ya Allah, kau berikan rahmat serta berkatilah mereka yang mengasihiku kerana Mu. Moga cinta dan kasih sayang atau ukhuwwah fillah yang dibina akan kekal subur, mekar mengharum. Aku pohon kekuatan dariMu. Bawa aku pulang..jangan biar aku memilih persimpangan yang salah. Aku mahu berada atas jalanmu, yang ku tahu jalannya lurus menuju redhaMu...Ameen...

huhu..sangat kene dengan diri ini..semalam ada juga terfikir abt this.. ;)
ReplyDeleteayuh sama2 kite bina semangat Ema!
ReplyDeleteiAllah, Dia sentiasa memberi petunjuk buat kita..