Friday, February 26, 2010

Salam rindu buat kekasih Allah...

Salam ~

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد 
ْصَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم
يَا نَبِى سَلاَمُ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْلُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
يَا حَبِبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَارَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهُ السُّرُوْرِ
اَنْتَ شَمْسُ اَنْتَ بَدْرُ
اَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرِ
اَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِى
اَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَا فِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدْ يَا مُمَجَّد
يَا اِمَامَ القِبْلَتَيْنِ




Ingatkah lagi, terutama ketika kita masih kecil dan bersekolah rendah, setiap kali tibanya Maulidur Rasul, pasti kita akan berarak sambil membawa sepanduk bertulisan jawi, yang kalimah-kalimahnya mengandungi tema serta kata-kata pujian buat Rasul tercinta, Muhammad SAW.

Tak kurang juga, pihak sekolah 
mengadakan sesi ceramah bagi menyingkap kembali kisah perjuangan baginda. Namun, adakah kita sekadar mengingati baginda apabila tibanya 12 Rabiul awwal saban tahun? Bagaimana dengan hari-hari lainnya? Adakah  sering 
       kita berselawat dan memuji baginda?                                            

Betapa kita sering lalai dari mengingati baginda. Sedang kita ini, sebagai umat  yang tidak pernah ditemui nya tetap diingati walau hingga akhir hayat baginda. Betapa sayang dan cintanya baginda pada umat. 

Oleh yang demikian, sempena hari kelahiran baginda tahun ini, ayuh pasakkan dalam diri semangat perjuangan baginda. Sirah baginda bukan hanya untuk dibaca dan didengar, tapi untuk dijadikan panduan dan pedoman, diambil ibrah daripadanya. Tak lupa juga, seringkali selawat atas junjungan mulia kita juga mengamalkan sunnah-sunnah baginda. Baginda pernah bersabda dan berpesan, bahawa sesungguhnya tidak akan sesat buat selama-lamanya andai kita berpegang kepada dua warisan berharga tinggalan baginda yakni Al-Quran dan As-sunnah.Wallahua'lam.




Salam Maulidur Rasul 1431H. Ya rasulullah,sesungguhnya kami merindui dan mencintaimu











No comments:

Post a Comment