Monday, February 15, 2010

Apa dah jadi, apa nak jadi?

Salam~

Sedar atau tidak, perubahan cuaca kali ini sangat mendadak dan semakin tak menentu. Ini ke yang dikatakan 'Global Warming' ye? Kat kawasan beriklim sejuk, suhu menurun dgn dasyat dan kesejukannya memang menjadi-jadi. Tak kurang jugak kat kawasan beriklim panas ataupun khatulistiwa cam Malaysia. Dengar kata, sedang kemarau teruk, cuacanya panas sekali, sampai ada yang rasa macam nak tinggal dalam peti ais. Masa menonton Buletin Utama tadi, dikhabarkan beberapa buah negeri mengalami suhu panas yang agak membimbangkan, hingga mencapai 36 darjah. Antaranya, kampung aku, Kedah. Semua orang tengah bimbang kalau-kalau kejadian 12 tahun lalu akan berulang balik, di mana bekalan air terpaksa dicatu coz air di simpanan menjadi kering. Makcik pun kata ramai yang batuk-batuk dan demam. Ish..risau pulak mendengarnya.. Harap-harap, keadaan akan kembali pulih seperti biasa. Mungkin Allah ingin menguji dan memberi pengajaran kepada manusia yang jahat tangan-tangan mereka memusnahkan alam..



Satu lagi senario yang makin menjadi-jadi kat Malaysia sekarang. Kes buang bayi. Kali ni, bukan buang bayi yang biasa-bisa kita dengar, tapi lebih teruk dan kejam lagi. Sampaikan si polan-si polan ni boleh dikatakan lebih teruk daripada binatang! Mana tidaknya, bayangkan bayi yang berusia sehari telah dibakar dan dijumpai rentung di tempat pembuangan dan pembakaran sampah. Mana perginya moral dan hati perut manusia yang melakukan perbuatan ini? Sangat-sangat kejam! Takut mendengarkan betapa keruntuhan akhlak yang sangat berleluasa especially kat negara tanah tumpah darah sendiri. Mengaku mempunyai nilai-nilai ketimuran, sopan santun dan berakhlak mulia, namun kini sudah setaraf dengan mereka-mereka yang tidak berpegangan agama dan terlalu mengikut budaya Barat, malahan lebih teruk lagi. 



Baru-baru ni, masa 14 Februari, Valentine's Day lah kononnya. Sudah berkali-kali diingatkan para alim ulama, hingga dalam berita pun dah diwarwarkan bahawa Hari Kekasih tidak pernah wujud dalam kamus agama Islam dan tidak boleh disambut pun. Namun, still ada jugak mamat-mamat n minah-minah yang tak reti bahasa. Yang amat dikesali, bukan mereka sambut dengan dinner atau bertukar hadiah ke ape, tapi, pegi ke hotel-hotel murahan dan berbuat maksiat. Lebih memalukan, masa pihak berkuasa especially pihak jabatan agama buat serbuan atas bilik-bilik hotel tu, pintu terpaksa dikopak dan dipecahkan gara-gara mereka tak mahu menyerah diri. Mulalah ada yang dijumpai nyorok bawah katil, dalam bilik air dan sebagainya. Ada jugak minah-minah bertudung, turut sama buat aktiviti maksiat terkutuk tu! Sungguh dan amat memalukan! 

Sedih mengenangkan nasib anak bangsa sendiri yang berkelakuan sedemikian. Aku bersyukur kerana Allah masih membuka pintu hati dan memelihara aku daripada melakukan sebarang kemungkaran, Alhamdulillah..Moga-moga, mereka juga beroleh cahaya kebenaran dan hidayah daripada-Nya. Ya Allah, selamatkan anak bangsaku dan peliharalah tanah airku, ameen ~

No comments:

Post a Comment