Salam ~
Alhamdulillah, NiSE '10 telah pun melabuhkan tirainya. Sejarah telah pun tercatat dan aku gembira kerana menjadi sebahagian daripadanya. ( Ceh, gaya cam penganjur pulak..padahal datang menonton jer..hehe ).
Dari kampung yang comel dan disayangi, Canterbury ( ikhlaskah?? ) , aku dan Dibah bertolak sehari lebih awal sebelum NiSE sepatutnye bermula. Gembira sungguh rasa hati kerana hari yang ditunggu-tunggu menjelang tiba. Almaklumlah, event kali ni hanya ada kaum Hawa saja..ada keunikan, ada kelebihan. Tambahan pulak, event nya melibatkan aktiviti yang baik, iaitu nasyeed. Lama sudah tak dengar nasyeed secara live, bila ada peluang ni, apa lagi? Hehehe...Nasib lambat je, kalau tak mungkin dah jadi peserta nasyeed jugak =P ( ini perahsantan ).
Dipantaskan cerita, NiSE kali ni dikatakan kurang berjalan lancar. Hal ini diakui oleh tuan rumah sendiri. Kebanyakannya masalah teknikaliti. Suara merdu para penasyid kurang jelas pada pendengaran penonton. Keadaan pun agak menjadi kelam kabut. Walaubagaimanapun, penganjur telah berusaha sehabis baik untuk memastikan event dapat diteruskan. Ini harus diberi pujian. Yalah, dugaan datang tanpa disangka..bukan dimintak pon. Persembahan para peserta dari universiti yang bertanding boleh diberikan pujian. Bukan setakat menyanyi, persembahan turut dibantu oleh tayangan slaid dan yang penting, mereka-mereka ni jugak cukup kreatif dan berbakat. Ada yang pandai bermain alat muzik, tak kurang jugak yang rap, menyanyi lagu berbahasa Mandarin dsb. Dan yang paling penting, setiap persembahan membawa mesej yang jelas dan berguna untuk pedoman para penonton. Kebanyakan lagu membawa tema wanita-wanita contoh seperti Saidatina Maryam, Zainab, Aisyah, Zinnirah dan sebagainya. Lagu yang dibawa pula ada dua iaitu satu lagu berbahasa Melayu dan satu lagu English. Ha, tema pakaian ialah hijau. Makanya, dewan hari tu dipenuhi para wanita yang anggun berbusana hijau..
IDEAL MUSLIMAH
Sebelah petangnya, setelah semua persembahan selesai, hari Sabtu tu dimeriahkan pulak dengan acara SaNToN atau nama kurang mesranya ( coz panjang ) Saturday Night Together with NiSE. Acara ni lebih kepada talk ataupun perkongsian oleh pengarah serta setiausaha sebuah badan NGO Wanita yang aktif di Malaysia iaitu Nisa. Talk tersebut bekisar mengenai tajuk Wanita Memimpin Perubahan. Alhamdulillah, perkongsian yang diberikan cukup mantap dan menyuntik semangat kaum hawa yang hadir. Apa yang mungkin dapat dirumuskan daripada talk tersebut ialah sebagai wanita masa kini, kita harus memiliki MP4. MP4 ini merupakan rangkuman kepada ciri-ciri berikut iaitu M-Multimedia, P-Peka Isu, P-Penulisan, P-Public speaking dan P-Public Relations. Dan barangkali, tidak semua ciri-ciri ni mampu dimiliki oleh setiap seorang individu wanita itu sendiri kerana tak dapat dinafikan bahawa setiap kita adalah berbeza dan memiliki kelebihan serta kekurangan masing-masing. Jadi, kita yakni para wanita harus berganding bahu dan bekerja bersama-sama atau dengan kata lain bergerak secara berjemaah agar kelebihan-kelebihan tersebut dapat digabungkan bagi menjana sebuah perubahan yang besar dan bermakna. Selain itu, para wanita harus menetapkan matlamat untuk membawa diri mereka ke maqam yang lebih tinggi dan bukan sekadar berpuas hati dengan maqam yang sedang diduduki. Iaitulah JKR. Bermula dengan rumahtangga, wanita harus meningkatkan maqam mereka dengan turut memiliki kerjaya serta melibatkan diri dalam hidup berjemaah ( bermasyarakat ).
Usai talk tersebut tamat, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Kami turut dijamu dengan hidangan yang lazat sebagai juadah makan malam iaitu nasi tomato dan ayam masak merah. Mungkin ada kekurangannya NiSE kali ni, namun dalam setiap apa jua yang kita lakukan, ambillah apa-apa yang baik daripadanya. Dan syukur, NiSE bukanlah sekadar tempat menunjukkan bakat terpendam dan bersaing suara siapa lebih hebat namun apa yang diharapkan adalah lebih daripada itu. Aku yakin bahawa dengan adanya program-program macam ni, lebih banyak peluang untuk mempereratkan lagi ukhuwwah
sesama kami. Moga usaha murni penganjur diberkati Allah dan moga NiSE di masa akan datang akan lebih mantap lagi. Hehe, tunggu...next year kami pasti menghantar pasukan dari sini untuk menggegar NiSE!

No comments:
Post a Comment