Wednesday, February 10, 2010

Gumbira ^^

Salam~

Alhamdulillah..Life is kinda happening today. Yeap, go out for some activities and receive something from my beloved. I would say that really cheers me up ^^

Pepagi lagi aku dah kuar mengharungi kesejukan serta snow yang menampar-nampar muka untuk ke Sports Center. Berkobar-kobar sekali ye, dengan raket serta shuttle yang dibawa bersama. Ape lagi, mau beriadah, sihatkan badan dengan bermain badminton. Sungguh, aku rindu untuk berpeluh. Bersemangat untuk bersukan, yeah! Macam biasa, kami main lawan doubles. Aku geng ngan aunty n Diba plak geng ngan Wahidah. Sape menang? Hehe, dah tentu pasukan yg geng ngan aunty yang terer dan hebat mengalahkan kami yg kunun mude ini. Tapi, tak tau nape hari ni kitorang banyak buat kesilapan mudah masa main dan sering menghadiahkan mata percuma buat pihak lawan. Aku sendiri pun agak capik hari ni, tak seperti slalu yg bersemanagt main hingga minit2 terakhir..ngeh2 =P Pasti penangan lme cuti dr main..So lps ni kena main evry week.

Usai abes main n masih tak bape hilang lagi lelah sbb penat bermain, aku kena gi house viewing plak. Actually aku dah tengok hari tu bertemankan bakal jiranku nanti, Dibah. Hari ni, aku sekadar mengikut sekali lagi bagi meraikan bakal-bakal housemates yang tak berkesempatan tengok umah hari tu. Mujur sume puas ati. Tinggal nak pilih bilik je lagi. Balik dari meng ushar rumah, aku pegi menjenguk Porter Lodge di Chaucer. Mahu lihat kalau-kalau kiriman dari jauh sudah sampai. Yeay!!! Hati berbunga riang melihat satu kotak kecil di sudut tertera nama aku. Tak sabar-sabar nak lihat isinya =) 

Bukak je kotak tu, terletak kemas satu sampul. Dalamnya ada kad comel bergambar teddy bear. A Birthday card!!! Owh, so sweet..Eventho da lepas, but still that shows they remember me. Sebak pulak bile baca ucapan sume family members dalam kad tu. I miss them! Damn much!!! Thanx ayah, mak, angah, achik and adik...love u~ Oh ya! Btw, tadi dapat hadiah belated burfday jugak. From Diba. A cutey mug yang ader gambar teddy jugak dan terukir ucapan Happy Birthday. Suke ok! Thanx Diba.. =) Hehe, bukan sekadar itu. Dalam parcel tu, Mak siap bubuh kalendar kecik lagi. kalendar dari Malaysia. Supaya aku tau events and perayaan di tanah air. Tak perlu la nanti asik tanya raya bila jer..Heheh =P
Mak jugak kirimkan serunding, ikan bilis, perencah kari dan minuman 3 in 1 Milo and Nescafe. Best2!! mak memang memahami hati aku..ngeh2. Bahagia dapat minum milo. Lame kot tak minum. Saje ngade mintak pasal kat sini ader ayer coklat je pengganti milo. Other than that, mak bubuh baju kelawar 2 helai unt buat baju tido. Lepas ni, leh arr jadi batwoman..Dan jugak my stabilo pens!!! Suke2..Baru lar semangat nak buat notes and exercises camni..

Petang tadi pulak, aku n Diba pergi membuang tebiat dengan meredah ribut snow. Kami jalan dari bawah Uni Road terus ke kawasan campus. Sajer nak rasa salji yang turun mencurah-curah mengenai pipi dan muka. Cam best..tapi tu arr, sejuk kot..Pandangan menjadi putih jer and agak kekaburan. Angin toksah cakap la, kalau dah name ribut, mau tak kencang dye. Tapi still ok la, takde la sampai takleh gerak and diterbangkan pulak. Setelah bersejuk-sejuk kat luar which is kat area Tyler Hill, kami menyinggah kat umah si Syerin. Lepak-lepak jap sambil minum teh panas. Heaven~

Eyh alamak! Sedap bersuke suki plak. Sok dah la ader seminar classes. Omwerk plak not yet done. Ehehe...Ok, chow dahulu ye!!

No comments:

Post a Comment